SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Kita sebagai seorang isteri sentiasa akan ada ganjaran pahala pada apa yang akan kita lakukan setiap hari oleh itu marilah kita semua sebagai seorang isteri-isteri yang solehah jom kita jenguk apa ganjaran pahala yang akan kita dapat apabila kita menjadi seorang isteri yang solehah ini...jom semua si suami pun boleh tengok sekali yer...


1-Sekali suami minum air yang disediakan oleh isterinya adalah lebih baik dari berpuasa 
     setahun.
2-Makanan yang disediakan oleh isteri kepada suaminya lebih baik dari isteri itu mengerjakan   
   haji dan umrah.
3-Mandi junub si isteri disebabkan jimak oleh suaminya lebih baik baginya daripada mengor-
   bankan 1,000ekor kambing sebagai sedekah kepada fakir miskin.
4-Apabila iseri hamil ia dicatitkan sebagai seorang syahid dan khidmat kepada suaminya se-
    bagai jihad.
5-Pemeliharaan yang baik pada anak-anak adalah menjadi benteng nereka,pandangan yang 
   baik dan harmonis terhadap suami adalah menjadi tasbih (zikir)
6-Tidak akan putus ganjaran dari Allah kepada seorang isteri yang siang dan malamnya adalah
   menggembirakan suaminya.
7-Apabila meninggal duni seorang isteri dan suaminya redha,nescaya dimasukkan ke dalam
   syurga.(hadis Riwayat Al-Tarmizi)
8-Seorang wanita apabila mengerjakan solat yang difardu keatasnya,berpuasa pada bulan 
   Ramadhan,menjaga kehormatan dirinya dan taat kepada suaminya maka berhaklah ia
   masuk syurga dari mana-mana pintu yang disukainya.


Itulah diantara ganjaran-ganjaran yang seorang isteri akan perolehi dan sesungguhnya kita
sebagai seorang isteri hendaklah dan wajib menjalankan tanggungjawab kita terhadap suami dan ingatlah wahai wanita ,isteri-isteri bahawa itu semuanya terangkum dalam satu perkataan iaitu "TAAT"....sumber dari fb..