SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Ini kisah seorang pakcik tua yang baru saja lulus lesen menunggang motosikal.Jadi,mengikut undang-undang pelekat berhuruf 'P' hendaklah dilekatkan atau digantung pada motosikal sekiranya seseorang itu baru mendapat lesen motor.Pakcik tua itu sedang menunggang motosikalnya untuk ke bandar dan kebetulan plak pihak polis sedang membuat sekatan jalan raya...

Polis : "P mana pakcik?"
Pakcik : "Nak p Aloq Staq la...!" (loghat Kedah)
Polis : "Pakcik ni nak bergurau pulak ngan saya ! p mana pakcik ??"
Pakcik : "Aku nak p Alog Staq la...!!! " (dah mula naik angin )
Polis : "Amboi...main-main pulak pakcik ni ! (tersengih).. p mana pakcik !!!? "
Pakcik : "Aku habaq nak p Aloq Staq hangpa tak percaya ke ! Apa hang ingat aku tak tau ka 
               jalan ni nak pi Aloq Staq...hang pa jadi polis pun hang pa jangan nak perlecehkan aku 
               tau !!!...." (nada marah)
Polis : Pi pi pi pi lah !!....nyusahkan orang je pakcik ni...!
Pakcik : "Ah kan mudah camtu.....(sambil berlalu ngan motornya...)
Polis : "Cam ni pun ada nooo.."( garu kepala )


p/s masih ada juga yang tak faham bahasa...