Monday, February 13, 2012

Sinopsis Filem " Keramat :

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Petang ini mama baru menonton dua filem hantu sekali gus dan filem yang telah ditayangkan di pawagam dan filem pertama yang baru mama tonton tadi adalah filem "Keramat" dan di sini mama ingin memberikan sinopsis dari cerita itu dan satu lagi filem n3nya akan menyusul selepas ini moga kekawan sudi membacanya...

Di zaman 1900...Habib telah difitnah kerana telah merosakkan maruah Mustika dan dari itu Habib telah ditangkap dan dipukul oleh orang-orang kampung yang di ketuai oleh Jabar abang Mustika.

Habib yang merupakan bukan calang-calang orang terus dipukul oleh orang-orang kampung dan kain yang selama ini menutupi wajahnya telah dibuka dan ditarik oleh Jabar abang Mustika dan telah berlaku sesuatu peristiwa yang amat dahsyat di mana semua orang kampung telah mati dek kerana cahaya yang terpancar dari wajah Habib itu.

Zaman sekarang...kehidupan dua orang beradik Nazmir dan Nasti mulalah dihantui pelbagai
peristiwa pelik dan menyeramkan apabila Syazura isteri Nazmir mengalami keguguran bayi yang dikandungnya.

Sejak dari itu berlakulah peristiwa yang pelik dan diluar jangkaan termasuklah Munirah isteri Nasti.Keinginan Syazura ingin pulang ke kampung halaman suaminya menjadikan keadaan
bertambah rumit.Satu persatu rahsia terbongkar dan mendedahkan sebuah sejarah yang
mengejutkan Nazmir, Syazura ,Nasti dan Munirah..

Siapakah yang menjadi dalang dalam semua kejadian ini?Pada yang ingin mengetahui jawapannya jomlah kita menontonnya sendiri yer...

pengarah filem ini ialah Azhari Mohd Zain
pelakonnya Zul Handyblack ,Rebecca Nur,Mon Ryanti,Putri Mardiana,Diana Amir dan Adey 
Syafrien



12 comments:

  1. wslm mama...dah tgk da cite ni kat astro first last week..hehe..okei la jugak...tp at the end,sume mati kan..sian...

    ReplyDelete
  2. mamaku memang minat cerita hantu eh...?hehe

    ReplyDelete
  3. alamak...takot nak tengok..nati mimpi la mama

    ReplyDelete
  4. @H.J

    betul tu H.J mama ni mmg suka tengok cite hantu ni...hehehehe...:)

    ReplyDelete
  5. @ilovekampungku

    yer ke takut x ada la seram pun biasa2 jer...:)

    ReplyDelete
  6. sy tak tgk lagi cerita Keramat ni...hehe...tapi macam best je..

    ReplyDelete
  7. @Kancil 8349

    yer ke pada mama x kisah bila2 pun tapi kena cari masa hari cuti...:)

    ReplyDelete
  8. @Ezad Skytech

    biasa la ezad cite hantu sama jer...tapi best gak la...:)

    ReplyDelete
  9. sebab kalau kancil dalam keadaan ndak selesa...ndak best tengok...boleh lemah jantung...tapi kalau kancil bersemangat...kancil akan menonton banyak kali...hehehe

    ReplyDelete
  10. @Kancil 8349

    betul tu kalau x ada semangat nak tengok mesti cerita tu pun jadi x bestkan...:)

    ReplyDelete