Assalamualaikum semua dan selamat pagi sabtu...
Hari ini mama sediakan lagi petua-petua yang perlu kita tahu buat kekawan semuanya ! Antara petua-petuanya pasti ada yang sudah atahu dan pada yang belum mengetahuinya cubalah lakukannya sendiri di rumah yer...
1-Melebatkan Bulu Kening
Bulu kening yang lebat dan hitam menaikkan seri wajah dan untuk tujuan itu ambil isi kelapa tua sebesar dua jari kemudian bakar di atas api sederhana sehingga menjadi hitam.Sapukan pada seluruh bulu kening itu dan lakukannya selalu sehingga bulu kening menjadi hitam.
2-Halba Atasi Demam Kuning
Bagi mengurangkan demam kuning bayi yang baru ambil segenggam halba dan rendamkan semalaman di dalam air.Mandikan bayi dengan air rendaman itu bersama air yang suam.Halba tadi boleh digunakan untuk rendaman keesokkannya.Boleh diamalkan sehingga demam kuning itu berkurangan.
3-Tembakau hilangkan kesan cela
Sekiranya anda ingin menghilangkan kesan cela dan parut yang terdapat pada wajah,ambil sedikit tembakau dan campurkannya bersama air.Selepas itu gosokkan terus pada bahagian berparut.Amalkan setiap malam sebelum tidur.InsyaAllah hasilnya pasti tidak akan mengecewakan tapi tembakau ni susah hendak dicari melainkan yang menghisap rokok ....
4-Lemon Cerahkan Wajah.
Cerahkan wajah dengan menggunakan masker ini.Ambil susu tepung dan campurkan dengan perahan buah lemon.Kacau kedua-duanya sehingga sebati tetapi pastikan ia tidak terlalu cair.Sapukan keseluruh muka dan biarkan selama satu jam.Kemudian bersihkan dengan air suam.Lakukan sekali dalam masa dua minggu kulit yang gelap dan kusam akan cerah berseri.
5-Cengkih Atasi Sakit Gigi
Jika mengalami sakit gigi ambil bunga cengkih dan sumbat di bahagian gigi yang sakit.Ini dapat mengurangkan kesakitan dan nafas berbau segar.
6-Cermin Mata Bersih Berkilat
Bagi anda yang bercermin mata boleh membersihkan cermin mata dengan menggunakan petua berikut.Ambil sebiji limau nipis lalu dibelah dua.Kemudiaan gosokkan limau nipis pada kaca mata.Bilas dan lap dengan kain atau tisu.Pastinya cermin mata anda bersih dan penglihatan anda lebih jelas.
18 Comments
terima kasih berkongsi tips..nti bole mencuba;)
ReplyDeletemornink mama :)
ReplyDeletethanks for sharing ....blh buat masker lemon plok pas ni..hehehe
@coklatberapi
ReplyDeletemudah2an berjaya yer...:)
@QasehnyaRania
ReplyDeletemoning yer...welcome Qaseh...:)
yup,, bunge cengkih tuh pernah test,, jadi woo.. tapi kali ke 2 jadi lagi.. kali ke 3,, gigi tuh da lali kot,, ta jadi da,, T.T
ReplyDeleteselamat pagi mama...
ReplyDeletewahh..tips lagi..terima kasih berkongsi ye mama..boleh la dipraktikkan nanti kalau perlu..:D
petua mmg byk tp nk buat tu yg malas.hoho..
ReplyDelete@akuamir
ReplyDeletesyabas sbb dah praktikkan..:)
@Ezad Skytech
ReplyDeleteselamat pagi ezad...:)
@Qienah
ReplyDeletebetul tu kalau malas mmg x boleh nak buat...:)
mama yg tembakau tu mama penah try tak? betul2 mujarab ke? nak try ni.
ReplyDelete@LydSunshine
ReplyDeletemama x pernah try lagi la tapi kwn mama dah cuba katanya menjadi...cuba la insyaAllah berkesan...:)
petua yg tak memerlukan budget yg besar.....
ReplyDeletedulu, ade junior sekolah suke mkn cengkih. hee. gigi die mmg cantik. ;)
ReplyDelete@remyhazza
ReplyDeleteyer semuanya ada dirumahkan..:)
@9n0L4
ReplyDeleteoh yer ke...:)
yeee. suke bebenor mknnye. cengkih ni klu bubuh dlm bekas gula, inshaAllah tak kan ade semut. ;)
ReplyDelete@9n0L4
ReplyDeletebetul tu mmg semuat lari...:)
Post a Comment