Assalamualaikum kekawan...
Hari ini mama dan hubby ke Pejabat Aset Dan Perolehan di Jabatan Pelajaran Negeri Johor untuk tujuan membeli borang tender pembersihan dan pemakanan..nasib baik la awal-awal pagi lagi kami dah sampai ke pejabat tu..
sampai di kaunter penyambut tetamu hubby pun menulis nama di buku lawatan yang disediakan dan bertanya pada pekerja di kaunter penyambut tetamu tu sama ada perlu membuat pembayaran dulu di kaunter pembayaran atau terus saja bawa money order tu ke Pejabat Aset Dan Perolehan...
penyambut tetamu tu pun tidak berapa pasti tapi dia menyuruh kami naik dulu ke atas di tingkat 3 dan bertanya sendiri di kaunter aset dan perolehan itu....sampai di tingkat 3 hubby terus je ke kaunter tu dan bertanya pada pekerja di situ dan jawapannya sememangnya kami terpaksa pergi dahulu membuat pembayaran di kaunter pembayaran di Bahagian Akaun di tingkat 4 bangunan bersebelahan..nasib baik bila kami sampai masih belum ramai orang jadi mereka sempat menunjukkan arah yang cepat untuk ke bangunan bersebelahan itu...
sampai di kaunter akaun jabatan pun masih belum ramai yang datang jadi kami dilayan dengan mesra dan cepat,sekejap je proses pembayaran itu dilakukan...kemudian barulah borang-borang itu dibawa kembali ke Kaunter Aset dan Perolehan tu untuk pemberian borang-borang tender tu....
nasib baik ada lif di bangunan tu boleh la digunakan jadi kes turun naik ni tak jadi hal la ! kalau turun naik tangga memang tak larat rasanya apa tidak nya terpaksa turun tingkat 2 dan terpaksa berjalan menyeberangi laluan untuk ke bangunan bersebelahan yang berada di tingkat 4 untuk sampai ke bahagian akaun jabatan plak...
mama bukan apa sepatutnya ada la arahan yang diberikan di kaunter penyambut tetamu tu ! jadi pada sesiapa yang datang untuk pembelian borang tender tu cuba pastikan mereka sudah membuat pembayaran atau belum ! pada yang sudah membuat pembayaran terus saja ke kaunter aset dan perolehan sementara yang belum membuat pembayaran bagi tahu mereka bahawa mereka haruslah membuat pembayaran di bahagian akaun dahulu...jadi tak payahlah mereka terus pergi ke kaunter aset dan perolehan tu....
bila ada arahan barulah kerja-kerja pembayaran dan pembelian borang tender itu dapat berjalan dengan mudah dan sistematik...semasa mama balik tadi masih ada lagi yang menggunakan jalan bawah untuk ke kaunter akaun di bangunan bersebelahan dan mereka terpaksa menaiki tangga untuk ke tingkat 4...mungkin mereka tidak tahu bahawa ada jalan lebih senang untuk ke kaunter akaun di bangunan bersebelahan itu melalui laluan dari tingkat 2 tadi...
p/s lepas ini buat lawatan tapak plak...
15 Comments
ha ah kan..diorang patut letakkan notis, tak de la menyusahkan orang sangat..
ReplyDeleteselalunyer camtulah mama... arahan tak clear....
ReplyDeletepenat kita berulang alik.....
sebenarnya byk perkara boleh dipermudahkan.....
tapi entah lah .... karenak birokrasi kut !
gud luck mama..hehe
ReplyDeletesaya ada tag mama..ehehe..segmen.. http://ubibadok.blogspot.com/2012/02/segmen-wrfw-walkreviewfollowwin.html
ReplyDeletehehe..jgn marah mama
@Mizz ErMa
ReplyDeletebetul tu letakkn notis jer kan senang...:)
@remyhazza
ReplyDeletebetul la tu...:)
@Hafizin Jamil
ReplyDeletethanks...:)
@Hafizin Jamil
ReplyDeletethanks sbb tag mama ye nanti mama lawat balik...:)
mmg biasa berlaku perkara mcm ni..mereka patutnya fikirkan untuk memudahkan pelanggan dgn cara meletak kan papntanda atau sebagainya..
ReplyDelete@ariana
ReplyDeletebetul tu...:)
bile tengok borang ni, teringat dulu pernah keje kat syarikat construction. ;)
ReplyDelete@9n0L4
ReplyDeleteoh yer ke...:)
ye. tapi kite tak handle bhgn ni. kite bhgn acc. ;)
ReplyDelete@9n0L4
ReplyDeleteoh yer ke..;)
lain kali kena la latak signboard.kesian kat orang lain kan..
ReplyDeletedah lama tak beli tende..dulu keja kat cmpany contsruction ;D
selalu aje gi putrajaya
Post a Comment