Friday, February 10, 2012

3 Amalan Pahala

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua... 
Marilah kekawan kita lihat 3 amalan yang tidak terputus ganjaran pahalanya bagi sesiapa yang dapat mengerjakan dan melakukannya...sumber diperolehi...
  1. Sedekah Jariah : Hari ni hari Jumaat, penghulu segala hari. Tidak salah untuk kita mengeluarkan sedikit wang untuk disedekahkan ke Masjid. Mana tau duit yg kita sedekahkan itu digunakan untuk pembangunan Masjid dan selagi masjid itu digunakan, pahalanya akan berterusan mengalir untuk kita sampai bila-bila. Sedekah juga salahsatu kunci murah rezeki...
  2. Ilmu yang bermanfaat : Ini keuntungan bagi seorang guru, sesiapa yang dapat jadi guru selalulah besyukur kerana tergolong dalam keuntungan ini. Ilmunya sentiasa dicurahkan untuk anak-anak muridnya. Harta jika dikongsi akan berkurangan tetapi ilmu jika dikongsi semakin bertambah. Kepada blogger yang banyak ilmu, jangan lupa ye berkongsi sama-sama...!
  3. Anak yang soleh dan mendoakan untuk orang tuanya : Satu motivasi untuk kita semua untuk menjadi anak yang soleh dan dapat berbakti kepada orang tua kita terlalu banyak jasanya. Dengan melihat wajah ibubapa kita pun dapat pahala, apalagi kita dapat mendoakan kesejahteraan untuk mereka. Anak ibarat kain putih, kitalah yang bertanggujawab mencoraknya.

13 comments:

  1. yeah mama. same2 kite kejar pahala 2.

    ReplyDelete
  2. tapi masih ada lg yg sukar utk menghulurkan sedekah walaupun sekadar senyuman...

    masih ada juga diantara kita yg kedekut ilmu... simpan ilmu yg ada utk diri sendiri.

    Ramai anak2 skrg yg terlalu leka dgn diri sendiri hingga lupa tanggungjawab sbg anak.

    ReplyDelete
  3. insyallah kak, moga kita perolehi semua ini..

    ReplyDelete
  4. Kadang-kadang terlupa juga. Terima kasih Mama mengingatkan. :)

    ReplyDelete
  5. tq mama atas peringtan.

    ilmu yg bermanfaat tu xsmestinya guru kan..kta2 pon kalu bg ilmu dkt org..walu sikit tp berkat..insyaAllah..tp btoll larh tue kan..kelebihn seorg guru...Alhmdulillah..

    ReplyDelete
  6. @Nurhasliza Jeffry

    okay sama2lah kita mengingati sesama kita yer...:)

    ReplyDelete
  7. @nur chahaya abadiey

    alhamdullilah mudah2an kita selalu beringat...:)

    ReplyDelete
  8. semoga allah menerima ..pahala-pahala kita.

    ReplyDelete