SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum...
Ada sekumpulan pelajar perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat.Mereka berkumpul mengelilingi tempat mayat itu diletakkan.

"Dalam bidang perubatan ada dua kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doktor.
Pertama kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat,"ujur pensyarah tersebut.

Sebagai contoh, pensyarah tu mencucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat kemudian menariknya semula dan menjilat jarinya tu.

"Sekarang,cuba kamu buat," kata pensyarah itu.

Selepas berpandangan sesama sendiri beberapa saat dengan wajah yang ngeri, barulah
pelajar-pelajar perubatan itu mengikut apa yang mereka lihat.Seseorang demi seorang 
memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya dengan perasaan jijik.

Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata,
"Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam,seperti tadi saya hanya
memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk !! Sekarang tumpukan perhatian semuanya
faham !!!"

Pelajar-pelajar itu semuanya terkedu sambil membentulkan cermin mata tebal masing-masing
dan ada juga yang nak termuntah dan termuntah.

Walau dalam keadaan macam mana sekali pun tumpuan dan pemerhatian itu sangatlah penting kerana dengan setiap pemerhatian yang kuat itu kita akan tahu apa dan mengapa semuanya akan atau bakal terjadi.Setiap kerja itu harus dilakukan dengan tumpuan dan pemerhatian yang cukup agar kita akan beroleh kejayaan akhirnya.

Apa akan terjadi pada doktor-doktor di atas tadi jika mereka tersilap melakukan sesuatu pada
pesakit mereka pasti masalah yang besar akan timbulkan kerana sikap dan kurang tumpuan dalam pemerhatian kerja mereka.