SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
Dalam mama BW tadi terbacalah n3 dari Lulu Caldina tentang kesakitan seorang adik yang 
menderita akibat penyakit yang dialaminya iaitu ketumbuhan di kepalanya.Sedih rasa di hati mama melihat dan membaca setiap n3 Nora ini.....keperitan seorang ibu apabila mendapati anaknya menghidapi ketumbuhan itu dan jika tidak dibedah adik Soleh hanya mampu bertahan 2 hingga ke 3 bulan saja di sini mama akan sentiasa mendoakan keselamatan Adik Muhammad Irsyad ini selamat menjalani pembedahan itu nanti.

Adik Soleh menderita kesakitan ini dan akan dibedah pada esok hari menurut kata-kata ibunya.Pada kengkawan mama harap dapatlah mendoakan kesejahteraan adik Soleh ini agar dia selamat menjalani pembedahan itu.Pada sesiapa yang ingin mengetahui lebih lanjut kisah adik Soleh ini klik sini

Hanya Allah yang Maha Mengetahui segala-galanya dan hanya padaNYa tempat kita memohon agar memberikan kesembuhan pada adik Soleh ini...




hilang sudah gelak tawa seorang anak yang ceria ini...
                                                             FaceBook Ibu Soleh