SALAM 1 MALAYSIA
Assalamualaikum semua...
Haiii !! kengkawan pernah dengar dan tengok kereta lembu tak??? Pada sesiapa yang tidak pernah tengok mama suggestkan pi la ke Melaka pasti dapat tengok kereta lembu tu secara live dan yang dah pernah tengok pasti dah tahu macam mana rupanya kereta lembu itukan macam gambar kat atas ni ! ada sesiapa tak yang pernah ada pengalaman menaiki kereta lembu ni....?

Sebenarnya ada cerita disebalik kereta lembu ni...dulu-dulu kereta lembu inilah yang jadi kenderaan untuk membawa atau menghantar sesuatu barang itu ke tempat yang hendak di tuju...sebenarnya arwah bapa mama dulu selain bekerja sebagai penarik beca dia juga membela lembu untuk digunakan bagi menarik kereta lembu itu...

Masa mama kecil-kecil dulu kereta lembu inilah yang mama naiki untuk pergi ke sekolah tadika setiap pagi...Pengalaman menaiki kereta lembu ini adalah satu pengalaman yang mama tidak akan dapat lupakan seumur hidup mama kerana kereta lembu itulah kenderaan yang kami sekeluarga ada masa tu selain sebuah beca buruk abah...

Terasa seronoknya dapat menaiki kereta lembu tu setiap pagi tiada sedikit pun perasaan malu mama bila menaiki kereta lembu itu...mama sedar akan semua kekurangan keluarga masa itu abah tidak mampu menyediakan kenderaan yang sempurna tapi semua itu mama biarkan je walau apa pun orang nak kata janji mama sekeluarga tidak menyusahkan orang lain... 

Sekarang ni dah tak sama masa dulu-dulu ! sekarang ni zaman dah moden semua orang dah mampu memiliki kereta,motosikal dan basikal sendiri tapi masa zaman mama kecik2 dulu tidak mampu memiliki itu semua...kalau adalah orang kat kampung tu yang berjaya memiliki sebuah kereta pastinya orang itu akan dikenali sebagai orang kaya dan berharta.

Anak-anak kita sekarang ini semuanya memang beruntung nak pergi ke mana-mana pun dah senang ! sudah mempunyai kenderaan sendiri yang boleh membawa mereka berjalan-jalan ke mana-mana..ibubapa zaman sekarang ini pasti mempunyai satu atau dua kenderaan di dalam kehidupan seharian memandangkan arus kemodenan sekarang ini kerana kemudahan itu perlu dalam kehidupan seharian kitakan..

Oleh itu anak-anak zaman sekarang ini hargailah kehidupan kamu sekarang ini yang mana kehidupan kamu semuanya di dalam kesenangan...mama juga seringkali mengingatkan anak-anak mama agar menjalani kehidupan ini di dalam kesederhanan agar mereka semua tidak mudah lupa diri dalam menjalani arus kemodenan kehidupan sekarang ini...pengalaman mama itulah yang mengajar mama akan erti kehidupan yang sebenar-benarnya.