SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua..

1-Hilangkan pijar tangan akibat cili
   Selepas memotong cili jangan basuh dulu tangan tu tapi sebaiknya rendam tangan di dalam
   beras dan ramas beras tu sehingga hilang rasa panas kemudian barulah di basuh tangan.


2-Elakkan nasi lemak cepat basi
    Bagi mengelakkan nasi lemak cepat basi gunakan air masak ketika memerah kelapa yang
    telah di kukus,setelah itu itu jerangkan nasi pada api yang sederhana dan masak hingga 
    sempurna.Hasilnya nasi lemak itu tidak cepat basi dan tahan sepanjang hari.
3-Ikan goreng tambah sedap.
   Jika mahu ikan goreng bertambah sedap dan lazat gorengkan dulu asam keping ke dalam
   kuali,setelah itu masukkan ikan yang hendak digoreng.Anda pasti akan merasa keenakkan
   ikan yang telah di goreng dan cara ini juga mengelakkan ikan goreng daripada melekat di
   kuali.selamat mencuba.


4-Nasi beriyani lebih enak
   Bagi menyediakan nasi beriyani yang enak dan cantik ikutilah tip ini.Goreng terlebih dahulu
   beras yang telah dibasuh dan ditapis sehingga garing bersama bahan tumisan,kemudian
   barulah dimasukkan sukatan air yang diperlukan.Nasi beryani itu bukan saja cantik tapi lebih
   enak sekali.Selamat mencuba semua...