Monday, January 30, 2012

Lawak 5 # Aduhai Saliha.....

SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua..
Satu hari seorang pengawal membuat rondaan di setiap bilik pesakit mental dan dalam rondaannya, dia terdengar nyanyian yang sangat merdu walaupun tak bunyi macam suara Mawi tapi suaranya memang hebat mengalunkan lagu "Intifada".

"Tak sangka ada juga orang yang sakit mental ni boleh menyanyi dengan hebat.Ingatkan radio atau kaset yang dipasang oleh pengawal yang lain,"bisik pengawal itu sambil melihat dari luar bilik pesakit itu sedang menyanyi sambil terlentang di atas katilnya.

Pengawal itu pun meneruskan rondaannya ke bilik-bilik pesakit yang lain setelah selesai, pengawal itu berpatah balik.Apabila sampai ke bilik pesakit mental yang menyanyi tadi, pesakit mental itu masih lagi menyanyi tetapi kali ini lagu yang lain pula "Aduhai Saliha" pulak.

"Dia menyanyikannya dengan hebat sekali, bagus sekali ton suaranya..."kata pengawal itu di dalam hatinya,tapi kali ini dia menyanyikan lagu itu dalam keadaan meniarap pula, lagu "Intifada" tadi dalam keadaan terlentang..."

Pengawal itu merasa hairan dan terus bertanya pada pesakit mental itu...
"Kenapa kamu menyanyi meniarap pulak sedangkan tadi kamu menyanyi terlentang ?"

Jawab pesakit mental itu dengan selamba...
"Tadi SIDE A, ini SIDE B lah pulak...."

Pengawal itu mengaru-garukan kepalanya sambil tersenyum kemudian berlalu pergi...


8 comments:

  1. Assalamualaikum mama...
    lawak...memang lucu..siap ada side A dan Side B lagi tu...

    ReplyDelete
  2. Ngahahaha! Pecah perot bace lawak nih!Macam2.. ^_^

    ReplyDelete
  3. hee..ada pulak side A dan side B ye mama...hee~

    ReplyDelete
  4. Ini guna teknologi lama... teknologi baru takde side A dan side B... hehehe

    ReplyDelete
  5. @Ezad Skytech

    hehehhee dah pun kan pesakit mental...:)

    ReplyDelete
  6. @myOSH

    hehehehehe...tu yg dia ingat kan...:)

    ReplyDelete