SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
N3 mama pagi tadi menitik beratkan tentang sarapan pagi dan kali ini mama nak bagi tahu semua kekawan tentang info sihat yang patut kita amalkan iaitu tentang makanan kita plak.Di bawah ini terdapat 6 makanan untuk menambahkan semangat kita bagi mereka yang kurang bersemangat.

Bila kita kurang bersemangat untuk melalui hari yang sama di tempat kerja atau menguruskan rumah tangga,stress,masalah atau faktor kesihatan.Oleh itu ianya akan menyebabkan diri kita malas dan bosan kat bawah ni mama ada senaraikan nama makanan penambah semangat untuk  mengaktifkan diri kita semula.Jom kita tengok apakah makanan itu...


1-Kentang manis
    Kentang manis merupakan kudupan alternatif yang sihat kerana kentang ini kaya dengan folat
    sehingga dapat menstabilkan gula dan darah.


2-Kacang
   Kudupan ini merupakan salah satu sumber terbaik mineral selenium yang akan memperbaiki
   emosi dan meredakan kecemasan.


3-Ikan
   Ikan seperti sardin dan makarel adalah kaya dengan asid lemak omega 3 yang akan
   membantu otak untuk meningkatkan suasana hati dan meningkatkan konsentrasi.


4-Telur
    Telur adalah sumber zink yang membantu kita untuk merasa lebih terjaga dan bertenaga
    dengan mengatur metabolisme dan gula darah.


5-Yogurt
    Yogurt kaya dengan kalsium dan protein sehingga ianya bagus untuk mengurangi perubahan
     suasana hati depresi dan kecemasan.


6-Bayam
    Bayam kaya dengan zat besi sehingga akan memberikan kita tenaga dan mengatasi
    kelelahan dan meningkatkan konsentrasi.Bayam juga merupakan sumber vitamin B6 dan 
    folat yang penting untuk menyokong kemampuan otak dalam menghasilkan neuratransmitter
    sehingga dapat memperbaiki emosi.