SALAM 1 MALAYSIA



Assalamualaikum semua...
Selama 4 hari hubby mama outstation dan tengah malam semalam dia sudah selamat sampai ke rumah...allhamdullilah beres sudah kerja-kerja yang perlu dilakukannya dan hari ini sepatutnya mama bagi hubby berehat tapi lain plak yang dibuatnya...

Mama telah mendera hubby untuk memasak hari ini tapi jangan salah sangka yer mama bukan queen control tau tapi hubby mama sendiri yang mengoperkan dirinya untuk ke dapur memasak hari ini...wah mama apa lagi melonjaklah kegembiraan la sbb ada orang yang mengoperkan diri untuk memasak jadi tak payah la mama turun ke dapur hari ini hanya dok jadi pemerhati jer...

Alhamdullilah..bersyukur rasanya mendapat seorang suami yang memahami isterinya ini walaupun penat selepas beberapa hari outstation tapi masih juga nak menolong mama memasak hari ni....jangan marah yer kengkawan semua, hari ni mama asyik dok puji hubby sendiri jer apa-apa pun itulah adat resam kami sekeluarga tolong menolong antara satu sama lain...moga ianya akan kekal selamanya InsyaAllah...

hubby sibuk di dapur n perut buncitnya tu abaikan yer...


p/s gambo masakannya mama lupa plak nak ambil..