Sunday, January 08, 2012

Jauhilah Sikap Perasaan Hasad Dengki PHD...

SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum...
Manusia di dunia ni ada macam-macam jenis tapi yang mama tak faham adalah manusia yang hati die penuh dengan perasaan hasad dengki dan khianat...manusia begini tak sudah-sudah asyik jer mencari salah orang lain...susah juga kalau hidup bersama-sama dengan golongan
orang-orang yang begini dan hendaklah kita jauhi hati kita dari sikap hasad dengki ini...


Perasaan hasad dengki ini (PHD)sebab utamanya manusia yang tidak senang tengok orang lain bahagia atau tak senang tengok orang berjaya tapi dia tidak kemana-mana...sikap ini adalah merupakan sikap tercela dan perkara itu akan membawa kesan negatif baik dari orang itu sendiri mahupun pada orang lain.


Kita seharusnya menyedari apa yang menjadi penyebab utamanya lahirnya sikap hasad ini agar kita mampu menjauhinya sehingga sikap yang buruk ini tidak bertapak di dalam diri kita
dan hendaklah kita menjauhinya...


Di dalam adik beradik pun kekadang ada juga yang mempunyai sikap hasad dengki dan tidak puas hatinya...kalau ada seorang yang berjaya pasti ada juga yang sakit hati melihat akan kejayaan itu mulalah buat cerita yang kurang elok dengan tujuan untuk menjatuhkan pihak yang berjaya tu...


Bila ada masalah mulalah mencari-cari tempat untuk meminta tolong dan jika tidak di tolong
mulalah mengadakan cerita yang kurang enak untuk didengar...mulalah mencari jalan untuk 
menghasut adik beradik yang lain supaya melakukan perkara yang sama macam mana yang
selalu dilakukannya...


Hidup kita ini tidak selalunya indah dan tidak selalunya orang yang berada di atas itu akan kekal selamanya di atas jika ada perasaan itu ada di dalam diri mereka...jika kita beroleh rezeki eloklah digunakan dengan baik dan memberi manfaat kebaikan pada orang lain juga dan carilah harta itu dengan cara yang halal dan jauhkanlah sikap hasad dengki itu...


Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud:


"Jika kamu memperoleh kebaikan,nescaya mereka bersedih tetapi jika kamu mendapat
bencana,mereka bergembira kerananya.Jika kamu bersabar dan bertakwa,nescaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu.Sesungguhnya Allah s.w.t
mengetahui segala apa yang mereka kerjakan,"(Ali-Imran:120)




12 comments:

  1. slalu gk dengki

    tp bile muhasabah blik

    br ilang skit rase tu mama

    ReplyDelete
  2. assalamualaikum mas,
    PHD...sukar utk dibendung dlm kehidupan masyarakat kita, sikap ni dah mcm sebati dgn diri...sentiasa ada pantangnya, pantang tgk itu dan tgk ini..dlm belajar ilmu agama pun ada jg dengkinya. Ubah sikap ini dulu, berilmu setinggi mana pun jika tidak meneladani ajaran Rasulullah SAW tidak ke mana ilmu kita itu...

    ReplyDelete
  3. waalaikumussalam mama, entry yg bagus.. PHD ni mmg penyakit yg parah..

    ReplyDelete
  4. @[PCL]

    mmg benar apa yg d'katakan moga kita d'jauhkan itu semuanya...:)

    ReplyDelete
  5. huuu
    betol mama
    kalau dengki ni sebena nye takkan lari ke mana nye
    x de gune dengki2 ni..

    ReplyDelete
  6. PHD merupakan satu penyakit hati. ubat utk hati adalah zikir.

    ReplyDelete
  7. Memang mama. Dan kebanyakan orang yg berhasad dengki ni tak tau ialah, mereka sebenarnya susah nak bahagia selagi mereka suka dengki dgn orang. Dengki org lebih daripada mereka. Mmg tak senang duduk la.

    ReplyDelete
  8. @S.U.R.I.A.T.I

    betul tu su zikir akan membuat kita tenang...:)

    ReplyDelete
  9. @LydSunshine

    betul tu ada org yg macam ni mmg x boleh senang...:)

    ReplyDelete