SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Hari ni mama nak kongsikan info ini kat semua pasangan yang bakal mendirikan rumahtangga dan bagi yang belum nak kawen tu pun boleh baca untuk tambah pengetahuan untuk masa depan nanti kan....jom baca yer dan n3 ni pun mama share dari blogger Ain mekacih yer kerana izinkan mama share info ini kat kengkawan mama semua...


1-Ketika mencari calon
Janganlah mencari isteri tapi carilah ibu untuk anak2 kita.Janganlah mencari suami tapi carilah ayah untuk anak2 kita.

2-Ketika Melamar
Anda bukan sedang meminta kepada orang tua/wali si gadis tapi meminta kepada Allah melalui orang tua/ wali si gadis.

3-Ketika Akad Nikah
Anda berdua bukan bernikah dihadapan penghulu tetapi menikah dihadapan Allah.

4-Ketika Resepsi Pernikahan
Catat dan hitung semua tetamu yang datang mendoakan anda kerana anda harus berfikir untuk mengundang mereka semua dan meminta maaf apabila anda berfikir untuk bercerai kerana telah menyia2kan doa mereka.

5-Ketika Malam Pertama
Bersyukur dan bersabarlah anda adalah sepasang anak manusia dan bukan sepasang malaikat.

6-Selama menempuh Hidup Berkeluarga
Sedarilah bahawa jalan yang akan dilalui tidak melalui jalan bertabur bunga tapi semak belukar yang penuh onak duri.

7-Ketika Biduk Rumahtangga Goyang
Jangan saling berlepas tangan tapi sebaliknya semakin erat berpegang tangan.

8-Ketika Belum Memiliki Anak
Cintai isteri atau suami anda 100%.

9-Ketika Telah Memiliki Anak
Jangan bahagi cinta anda kepada suami/isteri dan anak anda tapi cintailah isteri atau suami 100% dan cintai anak anda masing2 100%.

10-Ketika Ekonomi Keluarga Merundum
Yakinlah bahawa pintu rezeki akan terbuka lebar berbanding lurus dengan tingkat ketaatan suami isteri.

11-Ketika Ekonomi Berkembang
Jangan lupakan jasa pasangan hidup yang setia mendampingi kita ketika kita menderita.

12-Ketika Anda adalah Suami
Boleh bermanja2 kepada isteri tapi jangan lupa untuk bangkit bertanggungjawab apabila isteri memerlukan pertolongan anda.

13-Ketika Anda Adalah Isteri
Tetaplah berjalan dengan gemalai dan lemah lembut tetapi berhasil melakukan semua pekerjaan dengan rasa penuh bertanggungjawab.

14-Ketika Mendidik Anak
Jangan pernah berfikir orang tua yang baik adalah orang tua yang tidak pernah marah kepada anak kerana orang tua yang baik adalah orang tua yang jujur kepada anak2.

15-Ketika Anak Bermasalah
Yakinilah bahawa tidak ada seorang anak pun yang tidak mahu berkerjasama dengan orang tua yang ada adalah anak yang merasa tidak didengari oleh orang tuanya.

16-Ketika Ada Pil
Jangan diminum cukuplah suami isteri sebagai ubatnya.

17-Ketika Ingin Harmoni dan Aman
Gunakan fomula 7 K

*Ketaqwaan
*Kasih sayang
*Kesetiaan
*Komunikasi dialogis
*Kejujuran
*Kesabaran

Semoga jodoh dan pasangan yang ditentukan oleh Allah dijaga dengan sebaik2nya...