SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....
Kesian kat budak tu apalah punya bapak kalau nak marah pun agak2lah yer....Kes ni mama ternampak tadi semasa mama singgah kat kedai yang jual barang murah2 tu ala kedai 2 inggit la senang citekan...sebenarnya bapa budak tu nak beli mentol kalimantang yang jenis pendek tu....belek punye belek dia ambil satu tapi bukan dia sendiri yang pegang mentol tu tapi pi suruh anak lelakinya yang berusia dalam lingkungan 3 atau 4 tahun....budak2 manalah tahu nak bawa bendalah macam tu tup tup bila mama nak melangkah jer kat pintu masuk kedai tu mentol tu mengelunsur dari sarungnya dan terjatuh lalu meletup ...terkejut gak la....


Biasalahkan mentol tu kalau meletup boleh tahan juga bunyinya terkejut mama waktu tu tapi bila tengok2kan mentol yang budak tu bawa dah pecah n kacanya berterabur kat dalam kedai tu...yang sakit hatinya budak tu yang kena marah kat situ gak...apalah punya bapa macam tu suruh lagi anaknya bawa mentol tu cuba kalau dia sendiri yang pegang tadi kan tak pecah.....  tahan dia sendiri bawa roti yang ringan x plak disuruh anaknya yang kecik tu bawa tapi dia bagi mentol yg x sepatutnya bebudak bawa....x ada otak punya bapa geram plak mama bila tengok gelagat si bapa yang tak berfikiran tu dah tu nak marah anak tu pun agak2lah apa salahnya bayar jer dan kalau nak marah pun bila sampai kat rumahkan baik.....


Pada sesiapa yang mempunyai anak2 tu faham2lah yer kalau si anak tu ada membuat sesuatu kesalahan tu nak marah ke nak pukul ke nak nasihatkan ke tunggulah bila dah berada di rumah kerana anak2 juga ada perasaannya tersendiri biarlah kemarahan kita tu kita lepaskan bila berada di rumah kerana kekadang anak2 ni akan bertindak diluar jangkaan kita....itu pun tengok juga kesalahan apa yang telah anak2 tu lakukan kalau kesalahan itu atas kesilapan kita sendiri macam mana plak nak kira kalau macam tu...


Memarahi anak-anak dengan bahasa yang kasar akan boleh menjuruskan kepada apa yang ibubapa ungkapkan misalnya perkataan bodoh terpacul dari mulut kita memungkinkan anak-anak itu menjadi bodoh kerana setiap apa yang diungkapkan itu adalah satu doa.Mama pun kat sini pun mengingatkan diri sendiri juga agar tidak mengeluarkan kata2 dan perkataan yang akan menyusahkan anak2 kita di masa hadapan.Oleh itu selepas ini marilah kita ungkapkan perkataan yang baik2 agar anak2 akan lebih ceria di masa akan datang...