SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua...
Hari ni mama nak memberikan petua-petua yang mama ketahui sebab dah lama mama tak menulis n3 petua2 ni...jom kita tengok apa petuanya hari ini yer...


1 - Nasi Wangi Dan Enak
      Bagi mendapatkan nasi yang wangi dan lebih enak ambil sehelai dua daun pandan,cuci
      bersih dan lumatkan daun pandan tu kemudian masukkan dalam nasi yang telah sedia 
      dimasak dan hasilnya nasi pasti akan lebih wangi dan enak.
2 - Atasi Gulai Yang Masin
     JIka gulai kita terlebih masinnya ambil sedikit hampas kelapa dan bunjutkan menggunakan 
     kain.Masukkan ke dalam gulai tersebut selama 5 minit kemudian diangkat bunjut tu semula
     InsyaAllah masin kat gulai tu akan berkurangan.Boleh juga menggunakan tomato cuma 
     masukkan ke dalam gulai tersebut.


3 - Lembutkan Daging Ayam Kampung
     Selalunya daging ayam kampung adalah keras dan kenyal.Cara mudah untuk melembutkan
     daging ayam tu ialah dengan mengaulkan daging ayam kampung dan buah nenas muda 
     yang telah dicincang.Biarkan lebih kurang 15 hingga 20 minit.Kemudian basuh ayam 
     tersebut dan masak mengikut resepi kamu.Mudah-mudahan ayam lebih lembut dan sedap.



4 - Cara Mudah Kupas Kulit Telur Puyuh
      Telur burung puyuh sering dijadikan hisaan hidangan pengantin namun ianya sukar untuk
      dikupas kerana saiznya yang kecil.Untuk memudahkan tugas mengupas kulit telur burung
      puyuh semasa merebus telur letakkan sedikit garam dan cuka ke dalam air rebusan.
      Biarkan sejuk dahulu kemudian barulah dikupas kulitnya dan lihatlah hasilnya.
5 - Nasi Tidak Basi
      Untuk mengelakkan nasi menjadi lebih mudah basi keesokan hari cubalah petua ini.Bila
      hendak memasak nasi basuh beras dahulu selepas tu masukkan sedikit garam kedalam
      air masakan nasi tersebut dan gaulkan barulah dimasak.Hasilnya nasi akan lambat basinya.




-SELAMAT MENCUBA-