SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum semua...
N3 ini khas mama buatkan buat anak perempuan mama dan suaminya yang mana mereka baru saja berpindah hari ini moga mereka berdua bahagia melayari bahtera rumahtangga yang baru mereka bina....pertama kali dalam hidup mama berpisah dari anak kesayangan mama dan hubby hari ini........Di sini mama dan hubby hanya dapat mendoakan mereka berdua dari jauh....semoga kamu bahagia anakku "NURUL AIN DAN SUHAIMI"...Ikhsan dari blogger 

"JADIKANLAH DIA WANITA SYURGA"


Bermula lafaz Bismillahirrahamanirrahim, dengan menyebut nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang,coretan ini khas ditujukan buat tatapan puteriku dan imamnya. 

Wahai Puteriku...NURUL AIN BINTI DZOLKARNINE

Saat dirimu masih menjadi asuhan ayah dan mak tidak lain doa kami supaya dirimu menjadi anak yang solehah agar kelak dapat menjadi tabungan dan peneman di alam yang satu.
Namun nanti setelah dirimu bergelar isteri, kami berharap agar dirimu menjadi pendamping yang setia buat si soleh suamimu...

Kini kami merelakan pemergianmu walau rasa berat di hati hanya Allah yang tahu sebaknya kami melepaskan mu pergi.... tangisannya mama sebagai tanda ia  merelakan melepaskanmu dari jagaan dan pelukannya ke pelukan imammu dan sebaknya hati ayah mengiringi dan merestui mu wahai puteri kesayangan kami....

"Ya Allah....Engkaulah yang telah membukakan pintu hatinya untuk jatuh cinta kepada agamaMu dan insan pilihanMu.Maka kepada Engkau jualah ku harapkan agar hatinya kembali ber'tiqad membenarkan syahadahMu dalam kehidupannya dan Kau restuilah perhubungannya wahai Allah Pemilik Sinar Kebahagiaan"Subhanallah...

Andai dirimu berjaya menanamkan sifat dan tolak ansur ke dalam sikapmu maka kukuhkanlah ianya sehingga ke akhir hayatmu.Dengan sifat ini percayalah bahawa kamu bakal membawa hati dan kehidupan suamimu dalam beroleh kebahagiaan menjadi pemimpin yang terbaik dalam rumahtangga.Sesungguhnya sabar dan tolak ansur lahir dari hati yang ikhlas dan tiada menyimpan apa jua perasaan yang negetif.

Bahagialah puteriku bila mana masalah datang menguji suatu ketika nanti.Cekalkanlah hasrat di hati semoga kesusahan bisa mengajar erti kematangan dan ketabahan.Orang-orang yang paling berbahagia tidak selalu memiliki perkara yang terbaik dan mereka hanya perlu berusaha menjadikan yang terbaik dari setia perkara yang hadir di dalam hidupnya.Bila Allah ada di dalam hati kamu seolah-olah kamu memiliki segala-galanya.

Itulah antara kunci ketenangan dan kebahagian dalam perkahwinan wahai puteriku.Ini hanyalah sekadar curahan hati seorang ayah dan semoga bisa menjadi pemberi semangat dalam rumahtangga dan urusan dakwahmu.Serahkanlah cinta sucimu pada yang halal wahai puteriku...moga kami berdua ini sentiasa ada dalam ingatan mu selalu wahai puteriku....


Wahai pemimpin imam puteriku..MOHAMAD SUHAIMI BIN MOHAMAD KHAIRUDIN

Adalah ayah wali puteriku, amanah ayah kini kuserahkan padamu.Nafkahilah dia curahkan kasih dan cinta lebih dari yang ayah berikan kepadanya.Jadilah imam kepada puteriku di dalam mahupun di luar solat agar cinta yang bersemi tetap utuh dalam restu dan redha Ilahi.

"Sesungguhnya wanita itu diciptakan dari rusuk lelaki,bukan dari kepalanya untuk dijunjung bukan dari kakinya untuk dijadikan pengalas.Tetapi dari sisinya dekat dengan lengannya untuk dilindungi dan dekat dengan hatinya untuk dicintai"

Dulu esakkan puteriku bersandar di bahu ayah maka tangisnya kini ayah serahkan padamu.
Bukanlah bermakna dia bukan miliki ayah lagi cuma fitrahnya dia amat memerlukanmu lebih dari ayah.Belailah dia dengan penuh kesabaran dan didikan rohani yang mencukupi sebagai bekalan di alam perkahwinan di dunia dan di akhirat nanti insyaAllah...

Daripada Anas,nabi SAW bersabda yang bermaksud:"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu berpuasa sebulan (Ramadhan) menjaga kehormat dan taat kepada suami dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."(Hadis Riwayat Ahmad)

Wanita ini paling mudah masuk syurga dan juga paling senang masuk neraka.Jadikanlah dia wanita syurga supaya dia mengerti benar akan maharnya.Taat itu bukanlah hanya pada nama indahnya adalah pada maksudnya..

"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi ke atas sebagian yang lain.Mereka menyuruh mengerjakan yang ma'ruf mencegah dari yang munkar,mendirikan sembahyang menunaikan zakat dan mereka taat kepada Allah dan Rasul-Nya.Mereka itu akan diberikan rahmat oleh Allah sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana"(at-Taubah:71)


Dalam sesebuah keluarga suami isteri adalah ibarat otak kanan dan otak kiri.Jika rosak salah satu maka rosaklah seluruh anggota badan maka lumpuhlah keluarga.Kelebihan yang telah Allah kurniakan berbeza-beza di antara suami isteri dan perlulah dimanfaatkan sebaiknya demi kelangsungan perhubungan kekeluargaan.


Ada sesuatu pada suami yang tidak ada pada isteri dan juga sesuatu pada isteri yang tidak pada suami sebab itu Allah jadikan kita semua unik.....tutup segala kekurangan sebelah pihak dengan kelebihan sebelah pihak yang lain.Apabila masing-masing berlapang dada dan saling menerima barulah Allah berkati keluarga kita.


Moga kamu mengerti benar maksudnya pikullah amanah Allah ini sebaiknya.Apa yang ayah harapkan darimu hanyalah kesolehanmu menjaga puteri ayah dan mama kerana apabila kecantikan yang diharapkan hanya kesia-siaan yang akan diperolehi.Jika dakwah menjadi pilihan maka izinkanlah ia semoga keindahan syurga itu milik pencinta sejatimu selamatlah
kamu berdua dan bercintalah hingga ke syurga yer wahai anak-anakku...Lahirkanlah zuriat yang soleh dan solehah buat penaung mu di hari tua nanti....didiklah mereka dengan ilmu dunia dan ilmu akhirat agar zuriat2mu nanti menjadi insan berguna...InsyaAllah...