SALAM 1 MALAYSIA


Assalamualaikum semua....Hari ni adalah hari raya Aidil Adha sepatutnya mama dok beraya ke rumah sedara atau dok makan2 ketupat dan rendang di rumah tapi bagi mama tahun ni x ada apa2 yang mama buat n masak.... selalunya ada jugalah rendang n ketupat tapi tahun ni tidak menyambutnya seperti selalu kerana dok sibuk nak menyiapkan barang-barang apa yang perlu dan mencari barang2 yang masih ada kekurangannya untuk majlis nanti.... 


Dalam mencari barang-barang  tadi terpandanglah mama kedai menjual keronsang apa lagi menyinggah jugalah sekejap....bila dah dok menyinggah tu pasti ada yang tersangkutnya dok berjam dalam kedai tu memilih keronsang mana yang cantiknya....macam-macam jenis keronsang yang dijual di kedai ni ada yang murah ada yang mahal pilih jer mana yang berkenaan sediakan jer la duitnya....orang perempuan ni kalau nak memilih memang macam tu kan susah betul nak memilih tengok sana cantik tengok sini cantik rambang mata betul.............aduhhh puas jugalah pusing2 satu kedai tu sampai naik pening la budak yang membantu mama tadi...........sape suruh ikut kan dah pening kepala tu dibuat oleh mama heheheheheheh...kalau dah dok memilih ni memang rambang mata dibuatnya semuanya cantik2....


Hubby dah x larat mengikut jadi die dok lepak kat deretan bangku2 yang telah disediakan di
tepi tu...mama dan anak2 jer yang dok sibuk memilih keronsang yang berkenaan akhirnya bila dah puas hati barulah terus ke kaunter bayar dan terus blah kuar kalau tidak nanti ada jer terpandang yang lain...puas hati akhirnya kerana dah dapat apa yang disukai dari berejam2 dok dalam kedai tu tadi........



 pilih jer mana yang berkenaan ...