SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum...
Dok menghadap lappy ni sambil baca n3 segmen sahabat
blogger ini Kancil8349 tentang kisah2 perkhemahan 
terpandang  mama akan rak meja yang terletaknya
 album gambar-gambar lama mama dulu,
apa lagi terus je ambil dan belek gambar-gambar
 lama sewaktu zaman persekolahan dulu.
Kelakar betul bila tengok gambar-gambar lama ni semula 
macam tak percaya plak yang  mama dulunya 
berkulit hitam macam anak India je...
Sebenarnya zaman persekolahan dulu mama 
terlampau aktif dalam sukan tu sebab la kulit pun jadi semakin gelap.

Terlampau aktif mewakili sekolah dalam acara lompat tinggi dan bola jaring.
Kalau dah wakil sekolah namanya terpaksalah menjalani latihan setiap hari kalau tak macamana nak menangkan dalam pertandingan...
Bangga sungguh masa tu dapat mewakili sekolah mama dalam acara lompat tinggi,
masa tu semua yang dapat mewakili sekolah akan mengikuti latihan yang disediakan.
Memang seronok giler waktu tu dapat mewakili sekolah
 ke peringkat Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Daerah Muar (MSSD).

Teringat akan zaman remaja waktu persekolahan dulu
macam-macam cerita suka dan sedih.
Semuanya akan menjadi memori dalam hidup ini selama-lamanya....
ntahlah nak cerita pun ada yang ingat dan ada yang mama dah lupa....
jadi cerita je lah apa yang mampu diingati je....
waktu remajalah zaman yang amat menyeronokan bagi mama kerana 
sentiasa ada kekawan peneman suka dan duka...
Kiranya ada jugalah kawan baik zaman tu tapi 
susah nak cerita kang ada plak yang kecik hati kerana 
kedua-duanya sentiasa tidak sekepala jadinya mamalah jadi orang tengahnya....
jap ke sini jap ke sana....

Masing-masing macam tak boleh tengok mama baik dengan yang seorang lagi
aduhhhh pening kepala mama dibuatnya....
kadang-kadang mama terpaksa membiarkan mereka
malas nak layan kerenah mereka berdua, 
itulah salah satu perkara yang mama ingat tentang kawan-kawan baik mama....
Zaman tu semuanya bagai tiada apa masalah yang harus
 difikirkan hanya fikir untuk belajar je
hanya  mama je yang main-main sewaktu belajar masa tu
entahlah waktu tu hanya fikir happy dan seronok jer rasanya.

Zaman remajalah yang amat menyeronokan bagi mama
bila difikir2kan sekarang tak tahu nak cakap apa hanya tinggal memori terindah je....
kalau boleh diputarkan masa rasanya ingin  mama
kembali semula pada zaman tu 
tapi tu hanyalah angan-angan yang tidak boleh kita putarkan kembali......
Biarlah ia menjadi satu nostalgia yang tidak bisa mama lupakan seumur hidup ini.....
masa yang berlalu tidak boleh diputarkan kembali tapi kita haruslah hadapi masa dan hari yang akan datang....
semoga hari-hari mendatang akan lebih memberi 
makna lagi pada mama dan keluarga  mama.

 Mama dulu kat sekolah aktif sangat dalam sukan dan kelab bola jaring,
 lompat tinggi, lompat jauh, berlatih teater dan koir.
Kelab yang mama sertai dulu adalah kelab teater n koir,kelab bola jaring dan badan beruniform pula adalah panduputeri.
Aktif sangat sewaktu zaman persekolahan dahulu sampai lupa semuanya,cinta monyet 
pun ada juga masa tu tapi biarlah ia jadi kenangan di dalam hidup mama ini.


Rak bawah tv tempat letak album gambar lama-lama
seronok dapat tengok gambar dahulu kala

Gambar kelas di zaman persekolahan dahulu
sekitar tahun 80an 5A2
mana lah perginya member-member lama mama ni
kalau dapat jumpa mesti gempak punya...
 mama dok baris yang belah tengah senang cite yang nampak gigi putih
(bergambar mesti nampakkan gigi rabbit mama yang besar tu)

member-member yang satu rumah pasukan bila 
sukan tahunan,baru lepas perbarisan rumah pasukan
masa tu rumah pasukan kami rumah Temasik warna hijau lagi...

lepas aktiviti pandu puteri sempat berjalan 
dan bergambar lagi...
kulit pun jadi gelap asyik berjemur je...sama macam anak India jer


mewakili sekolah dalam pertandingan drama dan koir 
mendapat tempat kedua dalam pertandingan koir sekolah2
cuba teka kedudukan mama masa ni...


p/s jangan gelak yer bila tengok gambo2 lama mama ni...