SALAM 1 MALAYSIA

Assalamualaikum n selamat pagi kekawan semua....
N3 hari ini  mama nak bagi tahu petua tentang ikan.
Bagi yang selalu ke dapur mesti nak tahu petua-petua
yang penting bolehlah digunakan masa memasak 
kat dapur nanti.
Selamat mencuba okay...

1- MENGHILANGKAN BAU HANYIR IKAN.
Setelah menyiang ikan,pasti tangan akan berbau hanyir.
Sudahlah baunya tidak menyenangkan,untuk menghilangkannya 
juga bukanlah mudah.
Ia mungkin akan kekal hinggakan apabila kita memegang perkakas dapur,
bau tersebut akan melekat padanya.Apa pun, tak perlu risau lagi.
Satu petua untuk mengatasinya ialah dengan melumurkan sedikit ubat gigi pada tangan.
Kemudian bilas dengan air bersih,InsyaAllah tangan tidak lagi berbau hanyir.

2- IKAN TIDAK MELEKAT KETIKA DIGORENG.
Untuk memastikan ikan tidak melekat pada kuali ketika digoreng,
kamu harus pastikan minyak yang digunakan
 agak banyak dan membolehkan ikan tersebut tenggelam.
Selain itu,kamu boleh juga masukkan beberapa keping asam keping bersama ikan itu.
Terbalikkan ikan hanya bila kamu yakin yang ikan telah garing.

3- MASALAH DURI DAN TULANG IKAN TERUBUK.
Sebut tentang ikan saja,memang banyak permasalahannya
 bau hanyir,duri ikan dan biasanya macam-macam lagi.
Antara yang sering menjadi masalah adalah duri ikan terubuk.
Jika diikutkan hati,menikmati hidangan ikan terubuk ini memanglah
 asyik terutamanya apabila ia dibakar dan dicecah pula dengan air asam.
Jadi apa kata kamu amalkan cara ini setiap kali menyiangnya.
Mula-mula pegang bahagian insang dan ekor ikan tersebut.
Selepas itu tarik dari arah bertentangan.
Kamu akan dengar bunyi tulang atau duri ikan itu berderap.
Cara ini boleh juga digunakan pada ikan parang.Selamat mencuba.

4- HILANGKAN MASIN PADA IKAN MASIN.
Untuk menghilangkan masin pada ikan masin yang keterlaluan,
cubalah amalkan petua ini.
Rendamkan ikan masin ke dalam air dengan 
memasukkan sesudu teh garam kedalam air tersebut.

5- MENGELAK IKAN MASIN HANCUR.
Taburkan sedikit tepung gandum pada ikan 
masin terlebih dahulu sebelum menggoreng.

6- IKAN REBUS TAHAN LAMA.
Untuk mendapatkan ikan rebus yang pejal dan tahan lama,cuba ikuti petua ini.
Caranya mudah sahaja,iaitu sewaktu kamu merebus ikan 
itu masukkan sedikit cuka makan,asam keping dan sedikit garam.
InsyaAllah ikan rebus akan jadi lebih pejal dan enak untuk dimakan.

7- GARAM DAN ASAM GELUGUR MUDAHKAN SIANG IKAN.
Biasanya memang agak sukar untuk menyiang ikan yang besar seperti siakap,ikan merah dan ikan air tawar terutamanya ikan talapia.
Sering kali apa yang menjadi keluhan ialah sisik-sisik ikan tersebut yang keras dan liat.
Seandainya kamu sering menghadapi situasi begini, usah bimbang kerana masih ada  petua untuk memudahkan kita menyiang ikan-ikan itu.
Kesemua ikan tadi hendaklah dibersihkan terlebih dahulu dan rendam bersama-sama sedikit garam  dan asam gelugur .
Biarkan ia semalaman di dalam peti sejuk dan apabila memasak ikan ,barulah dikeluarkan dan disiangkan seperti biasa.
InsyaAllah sisik ikan tadi lebih mudah ditanggalkan dan lembut, memudahkan kita untuk memasaknya.
Semoga segala petua ini dapat kita gunakan semasa kita memasak ikan untuk hidangan tengahari nanti yer...

gambar ikan yang telah digoreng