SALAM 1MALAYSIA


Assalamualaikum...
Mari kita tengok petua yang lain plak hari ni
mama harap pada yang tidak tahu bolehlah digunakan petua ni yer...

KENTANG GORENG RANGUP
Bagi merangupkan kentang goreng amalkan petua ini.
Setelah kulit kentang dikupas,basuh dan potong memanjang.
Gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya,
kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas berlubang 
seperti penapis santan dan toskan selama satu jam.
Setelah itu,goreng kentang tersebut dengan minyak yang banyak.


KEJU TAHAN LAMA.
Jika kamu mengalami kerosakan peti ais,
cara lain untuk menyimpan keju agar tahan lebih lama
 adalah dengan membungkus keju dalam sehelai kain 
yang bersih yang dilembapkan dengan air garam terlebih dahulu.


CARA KEKALKAN KELEMBAPAN KEK.
Bagi mengatasi masalah kekeringan  kek buah,
sebaiknya balut kek buah dengan menggunakan 
kertas minyak ketika masih panas.
Ia boleh menambahkan tekstur kek tersebut,
selain menjadikan rasanya lebih enak,lembut dan mudah dipotong.


MERANGUPKAN JERING TUA.
Untuk menjadikan jering tua lebih rangup,
tanam jering tersebut ke dalam tanah ataupun pasir.
Biarkan selama tiga hari setelah itu keluarkannya dan bersihkan.
Jering akan berasa rangup dan semakin enak bila dimakan.

DAGING MUDAH EMPUK.
Adakalanya daging yang dimasak susah empuk.
Bagi melembutkan daging,masukkan sedikit ketulan ais ke dalam masakan.
InsyaAllah daging akan mudah empuk,lembut dan hidangan menjadi sedap.
ATAU : Masukkan akar daun pandan kedalam masakan,
 itu juga boleh melembutkan daging dengan cepat.
ATAU : Masukkan garfu ke dalam masakan

ia juga boleh melembutkan daging dengan segera.



CILI JERUK TAHAN LAMA.
Cara untuk mengekalkan keenakkan cili jeruk
 adalah dengan mencelur cili terlebih dahulu.
Angkat dan toskan
kemudian panaskan cuka bersama garam hingga mendidih.
Biarkan sejuk lalu masukkan cili yang telah dicelur
 tadi kedalam cuka.Gaulkan sebati dan simpan di dalam bekas.


BAWANG KURANGKAN RASA MASIN.
Cara yang mudah bagi mengurangkan rasa masin 
pada gulai ialah dengan memasukkan beberapa biji bawang
 besar yang telah dipotong dua.
Pastikan kulit bawang tersebut telah dikupas terlebih dahulu.
ATAU :Masukkan dua biji kentang ke dalam gulai boleh juga mengurangkan masin
ATAU :Masukkan dua biji tomato ke dalam gulai juga boleh mengurangkan masin 
Semuanya boleh digunakan pilih saja yang mana satu asalkan salah satunya ada




AGAR MAKANAN TIDAK MELEKAT DI KUALI
Untuk mengatasi masalah ikan atau ayam melekat 
pada kuali ketika menggoreng panaskan minyak masak terlebih dahulu.
Masukkan hirisan bawang putih ke dalam kuali dan biarkan seketika.
Kemudian goreng ikan atau ayam dengan cara ini juga
 boleh memberikan haruman yang enak pada makanan.


ELAK PAHIT PERIA.
Bagi yang suka peria pasti akan menghilangkan rasa pahitnya.
Untuk menghilangkan atau mengurangkan pahitnya 
adalah dengan membasuh peria yang hendak di masak terlebih dahulu.
Potong sedikit bahagian buah yang bertangkai dan bahagian berlawanan.
Selepas itu dibiarkan tegak dengan bahagian berlawanan
 tangkai berada di bawah selama satu jam barulah dimasak.
ATAU: Hiris peria itu kemudian rendam dalam air garam.


BAWANG GORENG LEBIH RANGUP.
Bagi menghasilkan bawang goreng yang lebih rangup,
selepas bawang kecil dimayang taburkan sedikit tepung gandum dan garam.
Kemudian goreng seperti biasa.
Hasilnya bawang goreng bukan saja rangup 
tetapi juga kekuningan dan tahan lebih lama.


TAUHU TIDAK MASAM. 
Untuk mengelakkan tauhu daripada berbau masam,
bilas tauhu dengan air sehingga bersih.
Kemudian,sapukan garam ke seluruh permukaan tauhu.
Simpan dalam peti sejuk.
Apabila hendak digunakan,bilas semula tauhu tersebut.


ELAKKAN BERAS BERULAT.
Beras yang disimpan terlalu lama akan berkulat.
Hindarinya dengan memasukkan bawang putih 
yang tidak dibuang kulitnya ke dalam beras.
Tutup bekas beras dengan rapat.
ATAU: Masukkan cili kering sebanyak dua atau
 tiga tangkai untuk mengelakkan beras berulat.