Salam 1Malaysia.
Assalamualaikum...
 Hari ini mama nak berkongsi bersama-sama
 kekawan semua tentang masalah JERAGAT!!!!
Kosmetik yang tidak sesuai boleh menyebabkan jeragat.
Apa yang kita tahu tentang jeragat???
Mungkin ada yang kurang ambil peduli tentang isu jeragat ini
tapi bila ia dah mula melekat dan ada kat muka kita
 barulah terasa nak tercari-cari cara apa yang boleh menghilangkan jeragat itu...

 Mama juga salah seorang yang dah mulai mengalami masalah ini 
oleh itu sebelum ianya melarat eloklah mama 
mula mengambil tindakan yang sewajarnya...
Belek punya belek muka kat cermin barulah nampak 
akan jeragat yang mula melebarkan sayapnya ke kulit muka mama ini...
Pencegahan awal lebih baik kerana
kalau jeragat dah mula ada kat muka susahlah nak menghilangkannya...


Oleh itu marilah kita kongsi bersama-sama 
langkah pencegahan yang perlu kita ambil seterusnya....
Sebenarnya kulit muka kita selalu terdedah kepada sinaran matahari.
Kerapkali selepas kita melakukan aktiviti luar kita lupa 
tentang penjagaan kulit muka kita itu menyebabkan 
ia menjadi punca masalah kulit wajah iaitu jeragat.
Selain itu juga penggunaan bahan kosmetik juga haruslah berhati-hati 
kerana produk yang tidak sesuai boleh juga menyebabkan masalah jeragat.
Jeragat boleh membuat kita merasa malu,
kurang keyakinan diri kerana kulit kita yang kelihatan gelap.

Jeragat adalah bintik hitam atau tompok hitam yang terdapat di bahagian muka.
Jeragat juga boleh tumbuh di bahagian leher dan celah ketiak kita.
Selain terdedah kepada sinaran matahari dan bahan-bahan kosmetik yang tidak sesuai,
faktor genetik dan ubat-ubatan perancang juga boleh menjadi puncanya.
Semua sumber maklumat ini mama dapat dalam satu majalah yang mama baca 
dan ingin mama kongsikan dengan kamu semua di sini,  
iaitu jenis-jenis jeragat dan cara pencegahannya.
Cegah dahulu sebelum ianya melarat menjadi satu masalah yang sukar diatasi.


JENIS-JENIS JERAGAT: 

1- Pigmentasi ialah tompok hitam yang mendatar
 di dalam lapisan kulit.
Masalah pigmentasi adalah seperti melasme,freckles 
atau solar lentigenes.

2- Biji atau ketumbuhan pula seperti seborrhoeic keratoses 
iaitu bintik hitam yang timbul seperti tahi lalat yang tumbuh berkelompok,
actinic keratoses dan skin tag iaitu lebihan daging berwarna coklat 
atau hitam yang biasanya tumbuh pada leher,muka dan celah ketiak.




RAWATAN:
1-Masalah jeragat boleh dirawat sama ada dengan memakai ubat yang disapu 
di kawasan bermasalah atau secara fizikal melalui teknik pembedahan.
Kesesuaian rawatan bergantung pada jenis jeragat.
Masalah pigmentasi seperti melesme,krim daripada kombinasi hydroquinone,tretinoin,steroid,krim isotrenoin 
dan'chemical peeling'atau pengelupasan kimia.
Jika pigmentasinya terlalu tebal mungkin memerlukan
 rawatan fizikal untuk mendapat hasil yang lebih baik.


2-Bagi jeragat timbul seperti seborrhoeic keratoses,actinic keratoses 
dan skin tag rawatan fizikal adalah cara terbaik 
dan penggunaan krim tidak sesuai.
Seborrhoiec keratoses boleh dirawat dengan rawatan fizikal 
menggunakan electrocautery iaitu menggunakan alat cautery
 yang menghasilkan 'heat'(haba) yang berfungsi memusnahkan
 kelompok bintik hitam berkenaan,rawatan cryotherapy 
yang menggunakan cecair nitrogen atau rawatan pembedahan laser.




LANGKAH PENCEGAHAN:
Langkah-langkah pencegahan dan penjagaan yang perlu untuk melindungi jeragat ialah dengan menggunakan krim pelindung matahari sekiranya melakukan aktiviti luar.
Jauhilah cahaya matahari dari 9 pagi hingga
 4 petang bagi yang menghadapi masalah jeragat disebabkan oleh
pemakaian kosmetik yang tidak sesuai anda perlu 
berjumpa dengan doktor pakar kerana jika berterusan 
boleh memburukkan lagi keadaan dan alahan.
Bintik yang disyaki jeragat tetapi membesar,
bertukar warna atau berdarah perlu diperiksa oleh 
doktor bagi memastikan bahawa ia adalah jeragat atau kanser kulit.
Remaja dinasihatkan agar jangan menguntilnya atau
 melakukan sebarang perlakuan fizikal untuk 
membuang jeragat kerana boleh membawa kepada jangkitan kuman,
berdarah dan menjadi parut yang hodoh dan berkekalan.
Kamu perlu berhati-hati kerana masalah jeragat boleh menjadi kanser kulit.
Sebaiknya kamu perlu merujuk kepada doktor untuk mengenal pasti penyebab dan rawatan yang bersesuaian.


Ubat jeragat yang baru mama gunakan elok
 atau tidak masih dalam penggunaannya...


dapatkanlah set produk untuk menghilangkan jeragat.
Terdapat banyak jenama yang terlaris dipasaran.

jerawat atau white head??


Lakukanlah facial di pusat-pusat rawatan 
sekurang-kurangnya sebulan sekali agar kulit muka
sentiasa bersih dan segar.
Kalau tidak lakukan sendiri di rumah itu lebih
menjimatkan.

P/s Alhamdullilah ayahanda mama beransur pulih...