SALAM 1 MALAYSIA


Selamat pagi n selamat berpuasa pada hari yang ke 10 ni...
Semoga semuanya di dalam keadaan yang sihat yer
mama hari ni x berapa sihat la 
tapi tetap nak menghadap lappy ni
nak kongsi cerita dengan kekawan semua...

Hidup kita ini seumpama roda sekejap di atas sekejap dibawah
tiada siapa yang akan tahu apa yang akan terjadi
pada esok harinya....
cuba kita pandang ke hadapan apakah
yang kita nampak dan apakah yang akan terjadi dimasa itu?
Seelok-eloknya bersyukurlah atas segala apa yang kita
ada dan nikmati segalanya dengan redha..
Sebenarnya manusia ni tak lepas dari membuat
kesilapan....

 Umpamanya seperti apa yang terjadi pada seseorang ni
dahulu hidupnya serba kekurangan dan penuh
dengan kesengsaraan...
Setiap kelakuannya  dan kehidupannya 
amatlah menyedihkan....
Atas keadaannya itu si A cuba untuk melakukan sesuatu
cuba untuk memulakan perniagaan,
dengan pertolongan seorang kawan yang dikenalinya iaitu si B...
Sebelum syarikat itu berjaya bermacam2 janji manis si A
berikan pada si B
Perniagaan itu dapat dijalankan dan dibuka dengan jayanya
atas pertolongan si B
Setiap yang dilakukan si A sentiasa ada sokongan
si B ni hinggakan segala urusan pejabat
dari A hingga Z diserahkan pada si B itu.

Tapi setiap perbuatan dan usaha si B ni sedikit pun
tak di pandang oleh si A hanya kerana menganggap si B adalah pekerjanya  
 dan imbuhannya hanyalah memberikan gaji padanya setiap bulan...
Si B tetap menahan segala yang si A lakukan padanya..
hanya kerana tidak mahu kehilangan pekerjaan
dan sumber pendapatannya... 

Syarikat si A yang dibangunkan oleh si B tadi 
 mula menyerlah dan mula menampakkan hasilnya...
 Si B ni tetap membantu si A walaupun kebajikan si B
ini sedikit pun tidak di endahkannya begitu juga 
dengan janji2 yang diberikan pada mulanya...
Si B masih dapat menahannya hinggakan sampai satu tahap si B
tidak dapat lagi menahannya..


 Akhirnya si B mengambil keputusan untuk meninggalkan
si B dan company yang telah diusahakan
 sehingga mendatangkan hasil dan memberi
kemewahan kepada si A....
Selang beberapa tahun kedengaran cerita mengatakan
bahawa si A telah mengalami kemuflisan
dan juga telah dihadapkan ke mahkamah kerana
menggelapkan wang syarikatnya sendiri...


Dari susah dapat kesenangan kembali atas usaha seseorang
tapi  tidak beringat bahawa kesenangan itu atas usaha si B 
menyebabkan ia menjalani kehidupan  yang
penuh kepura-puraan...
Hiduplah di dalam kesederhanan dan nikmatilah hidup
dengan cara yang berhemah..
Hargailah orang yang telah membantu mu itu walaupun
bantuan yang diberikannya hanya kecil tapi ia begitu bermakna sekali ...

Si B menyerahkan takdirnya pada Allah dan cuba untuk
membuka perniagaannya sendiri..
Si B telah berjaya hingga ke hari ini dan 
dapat menjalani kehidupannnya 
dengan begitu sempurna sekali...   
Dari pengalamannya yang dahulu si B telah
 tekadkan semangat untuk berjaya dalam hidupnya   
dan berharap dapat hidup di dalam kesederhanan walaupun
mempunyai sebuah syarikat yang besar dan berjaya.


Kehidupan ini seperti roda sebenarnya
 ada masanya kita  di atas dan ada masanya kita di bawah
 oleh itu beringatlah selalu akan nikmat kehidupan sebenarnya....
Jangan memandang hina seseorang itu hanya kerana
paras rupa atau kekurangannya...
"Sesuatu kerja yang dilakukan bergantung pada niat,maksud
fikir dan matlamat.Kejayaan atau kegagalan 
itu akan disertakan dengan hikmah dan ujiannya 
untuk difikirkan dan direnungkan".




"Bila kita diuji dengan kemiskinan kita mampu untuk bersabar
tetapi bila kita diuji dengan kesenangan kita
mudah lupa diri dan alpa,
biarlah kita hidup di dalam kesederhanan"