SALAM 1 MALAYSIA


Alhamdullilah hari ini sudah masuk hari yang ke 13
kita semua umat islam berpuasa di bulan
yang penuh dengan keberkatan ini iaitu
bulan Ramadhan Al-Mubarak...

Dalam mama berblogwakling tadi mama terbaca n3
yang amat menyayat hati mama...
Kalau ada yang ingin tahu cerita selanjutnya
dan bacalah penderitaan seorang ibu yang terpaksa meninggalkan anak-anaknya
semata-mata untuk hidup...

Di Malaysia ini masih adakah insan2 malang seperti itu
 yang penduduknya masih di bawah taraf kemiskinan?
Entahlah mama pun x tahu nak cakap apa tapi
 mama sungguh2lah bersyukur dengan limpah kurnia Allah akan kehidupan ini
walaupun di dalam kesederhanaan tapi masih boleh
meneruskan hidup bersama2 anak dan keluarga yang mama sayangi...
Dapat bersama2 semasa menjamu juadah berbuka puasa
sementara ibu2 di Somalia terpaksa meninggalkan anak2nya
yang di dalam kelaparan...(mood sedih)