SALAM 1 MALAYSIA


Kesian nyer abang posmen kat luar tu
hujan-hujan terpaksa juga hantar surat ke setiap rumah
Apa nak buat dah sememangnya
kerja itu adalah kerja abang posmen tu...
kerja yang amat mencabar...
bila hujan terpaksa berhujan dan bila panas terpaksa pula berpanas terik..
Kerja itu adalah satu ibadah yang perlu kita laksanakan 
walau dalam apa jua keadaan sekali pun.
Abang posmen itu kene lakukan dengan sempurna
tugas-tugas beliau 
agar semua surat-surat penting dapat dihantar
dengan cepat dan selamat.
Rezeki yang halal akan kita perolehi bila
kita dapat melakukan tugas dengan
baik dan sempurna.
Wang gajinya yang abang posmen tu
perolehi setiap bulan akan menjadi lebih afdal
buat isteri n anak-anaknya kerana
beliau telah dapat melakukan tugasnya dengan
jujur,cekap dan amanah.