SALAM 1 MALAYSIA


Hari minggu waktu cuti bagi semua yang bekerja jadi kita semesti betul-betul merehatkan diri agar segar badan,
minda dan bolehlah memulakan sesi bekerja esok pagi dengan gembira....
Hubbyku waktu cuti ni lah ada je planning yang dia nak buat sendiri,
awal pagi lagi dia dah mulakan operasinya,
nak tahu apa operasi yang hubbyku lakukan pada pagi minggu ini?
Servis kereta sendiri...ah tu lah operasinya yang dilakukan sejak pagi tadi...
tukar minyak hitam kereta...
walhal baru lagi buat servis hari tu tapi dek kerana nak ke Trolak pada 16hb nanti dia sibuk nak tukar minyak hitam yang baru....
Planning nak ke Trolak sebab ada kenduri kawin....
ikut rombongan pihak pengantin lelaki iaitu anak saudaraku (anak kakakku)
berkahwin pada 17hb April ni di Trolak.
Jadi servis lah apa yang patut jadi tak takutlah, ada masalah nanti.
Lepas servis terus je basuh kereta tu agar bersih dan sentiasa cantik.
Aku pun ikut menolongnya membasuh kereta tu tapi jadi tukang jiruskan air jadilah,
sekurang-kurangnya boleh jadi cepat sikit kerja-kerja pembersihan kereta ni...
Time cuti berginilah dapat memandikannya,seminggu sekali
kereta mestilah nampak dan perlulah dibersihkan.Jangan asyik nak lanyak je
penjagaannya pun perlu juga.
Lihatlah gambarnya dibawah ini:
"WORKSHOP EN: HUBBY"