Seronokkan bila nak buat majlis kenduri kawin,
rasa macam aku plak yang nak kawin....
hehehe tak adalah bukan aku yang nak kawen tapi anak saudaraku yang lelaki (anak kakakku)
dia yang nak bernikahnya jadi sibuk juga serba sedikit menolong kakakku.
Itu yang sibuk sangat aku menolong kakak menyiapkan apa yang patut.
Semalam aku sibuk menolong menyiapkan cenderahati bagi pihak lelaki dan juga barang-barang yang lain.
Siapkan awal-awal lebih senang, soal bab cenderahati dah
tak payah usik lagi kerana ia dah siap diproses.
Jadi cukup masanya
hanya buat untuk perkara yang lain plak.
Tarikh kawinnya pada 17hb April 2011 ni di Trolak (sebelah pihak pengantin perempuan)
dan belah pihak lelaki pada 1 Mei 2011.
Banyak jugalah cenderahati yang kami pack semalam rasanya 1000 bungkus ada,
ya lah kerja yang banyak kalau dilakukan beramai mesti cepat siapnya tapi nak kata ramai tak juga hanya kami bertiga yang melakukannya semalam.
Rasa sengal-sengal jugalah seluruh badan tapi seronok punya pasal lupa semuanya....Mari kita lihat gambar-gambarnya dibawah....
mula-mula nak membuatnya
proses pembungkusan bakal pengantin perempuan
pun menolong selepas balik kerja
mak pengantin lelaki (kakakku)
dalam proses pembungkusan
bahan yang digunakan untuk diletakkan di dalam
beg cenderahati
berehat jap waktu makan tengahari
Banyak nyer....separuh lagi dah dimasukkan ke dalam kotak
Cenderahati yang dah siap
0 Comments
Post a Comment