SALAM 1MALAYSIA

Terasa agak lama juga saya tidak update entry kat blog ni....dah bersawang jugalah blog ni sebab dah lama ditinggalkan sepi....
Oklah tak ada apa entry yang menarik pun cuma hanya ingin mengisi ruang-ruang kosong di sini, sambil melepaskan apa yang jejari ini ingin lakarkan, 
luahan hati dan perasaan....
Allah itu sentiasa ada  untuk kita semua di dunia ini,terpulanglah pada kita semua bagaimana untuk merasakan akan keujudanNYA...
Allah yang membukakan pintu rezeki kepada kita sehingga kita dapat hidup bernafas di muka bumi,beroleh kerjaya yang baik,dapat memberikan keluarga makan pakai dan dapat pula menyumbang pada orang lain.
Namun, sebagai hamba Allah kita juga harus menyempurnakan beberapa perkara agar rezeki terus murah melimpah-ruah.......


1-Bertakwalah kepada Allah,iaitu dengan beriman bersungguh-sungguh,melakukan segala suruhan dan meninggalkan larangan.Allah berfirman dalam surah an-Nahl: 97 yang bermaksud,

"Sesiapa yang beramal soleh,sama ada dari kalangan lelaki dan wanita, maka sesungguhnya Allah akan menghidupkannya dengan kehidupan yang baik dan sesungguhnya Kami akan membalas yang lebih baik daripada yang mereka kerjakan."(SURAH AN-NAHL: 97)


2- Bersyukur kepada Allah atas segala kurnia-Nya.Ini selaras dengan firman Allah dalam surah Ibrahim: 7 yang bermaksud,

"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur,nescaya Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan demi sesungguhnya jika kamu kufur ingkar,sesungguhnya azab-Ku amatlah berat."


3- Bertaubat,membanyakkan istighfar,memohon keampunan kerana itulah yang menyebabkan kita akan dikasihi Allah dan seterusnya dibukakan lebih pintu rezeki.


4- Melazimkan diri membaca surah al-Waqiah yang terdapat dalam juzuk 20.Surah ini mengenai kejadian hari kiamat,mengenai tiga puak manusia di sana,iaitu puak kanan yang beroleh bahagia,puak kiri yang dimasukkan ke neraka dan puak tiga yang mendahului dalam kerja kebajikan yang beroleh kedudukan mulia di sisi Allah,Rasulullah bersabda yang diriwayatkan al-Baihaqi daripada Ibnu Mas'ud,

"Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah setiap malam,nescaya tidak ditimpa kemiskinan selama-lamanya."


SENTIASALAH INGAT PADANYA HANYA PADANYA LAH TEMPAT UNTUK KITA MENGADU..