Orang kata sambil menyelam minum air itulah yang sebenarnya berlaku....sambil my hubby ke Pontian ambil alih pos kawalan kat
"Kolej Matrikulasi Teknikal Johor" aku pun apa lagi ambil peluang untuk ikut sekali sambil boleh tengok-tengok apa yang menarik kat sana....
Sebenarnya kolej ini dulu adalah "Sekolah Teknik Pontian" dan telah diambil alih dan ditukarkan namanya dengan nama"Kolej Matrikulasi Teknikal Johor"
tapi pelajar kat sini tidak berapa ramai la sebab buat permulaannya, pihak pengurusan menghadkan pelajar kat sini hanya seramai 200 orang sahaja kalau tidak silap aku...
Hubbyku telah berjaya mendapatkan tendar Kawalan Keselamatan kat kolej ini berkuatkuasa pada 1hb Mac tempohari....
Tendar selama 2 tahun telah berjaya diperolehi jadi hubbyku terpaksalah mengambil alih pengurusan pos itu daripada syarikat kawalan keselamatan yang lama.Penat jugalah menunggu sehingga selesai semuanya....
Setelah semuanya selesai kami semua ke Bandar Pontian untuk mencari makanan untuk mengisi perut yang kebetulan perut kami memang tengah berkeroncong waktu tu....
Kami diberitahu ada gerai menjual murtabak yang sedap kat Bandar Pontian jadi kami rasa nak test juga makan murtabak yang dikatakan orang sedap tu...
Bila dah makan rasanya sama je macam murtabak yang biasa dijual ditempat lain mungkin orang di sini je kot yang rasa murtabak tu sedap sangat pada aku biasa je...
ye lah lain orang lain rasanya.....
Tapi sayang terlupa plak nak amik gambarnya kalau tidak boleh juga aku letak kat blog ni....
5 Comments
hi..thanks for the info...i come from Sabah..in case i nak pi lawat my son at matriks..ada tak hotel yg terdekat?thank you
ReplyDeletewelcome....oh yer ke...utuk pengetahuan awk kat pekan Pontian mmg ada hotel utk pengunjung yg ingin bermlm....chalet pun ada kat Tanjung Piai...semuanya berdekatan dgn Kolej Matrikulasi Teknikal Johor....Anyway welcome to Pontian Johor...
ReplyDeletebaru lepas melawat tempat yang banyak kenangan...For ur informatian...im x-student Skolah Teknik tu..its called STEPO..sayang sgt tukar jadik matrik...mula2 suke..sebab baru bukak 5 tahun..prestasi pelajar pulak tidak kurang hebat....23 april 2011...pendftaran pelajar baru..makin lame dh ramai dh yg dftra...kalau la matrik tu di tukar semula pada yang asal..Tentu cikgu2 dan bekas pelajar gembira...sedih sgt semalam tgk matrik tu...besar pun besar kan kak?tp membazir student sikit...
ReplyDeleteyer la nak wat cam mana dah kerajaan arahkn teknik tu terpaksa d'tukarkn ke Matrik mungkin ada sbb kerajaan wat cam tu kot...tapi sygkn sek awk dulu dah lain tapi sepatutnya awk bangga juga sek awk dah dinaikkan taraf ke Matrik....awk ke sana utk masuk blajar ke atau saja2 dtg melawat sek lama awk?
ReplyDeleteMemang kelewatan mereka , saya setuju ama pendapat yang diatas
ReplyDeletePost a Comment