SALAM 1MALAYSIA
Assalamualaikum...


Hari ini my hubby sibuk menyuruh saya masak asam pedas ikan duri a.k.a ikan mayong.Semalam sibuk dia ke pasar mencari ikan duri ini, teringin nak makan katanya....haha kalau my hubby nak makan terpaksalah masakkan walau apa pun keadaannya...Hasil air tangan isteri pembuka selera suami.......

BAHANNYA:
Ikan duri a.k.a mayong
cili kering
daun kesom
bawang merah bawang putih
air asam jawa
belacan
garam serbuk perasa

CARANYA:
Ikan duri a.k.a mayong disuci terlebih dahulu, direndam dengan air asam jawa dan dibiarkan dahulu (untuk menghilangkan hanyir ikan itu).Sebelum itu kita siapkan rencah kuah asam kita terlebih dahulu,ambil cili kering bersama-sama dengan bawang merah,putih,belacan dan dikisar kesemuanya sekali.Panaskan minyak di dalam periuk dan kemudian tumiskan bahan-bahan yang dikisarkan tadi.Biarkan rencah cili tadi hingga garing
kemudian masukkan air asam jawa dan biarkan ia mendidih sebentar.Ambil ikan yang direndam tadi basuh hingga bersih kemudian masukkan kedalam didihan kuah tadi dan selepas itu masukkan daun kesom,garam dan serbuk perasa secukup rasa.Biarkan kuah mendidih dan ikan itu masak sepenuhnya.Setelah siap bolehlah dihidangkan.Selamat menjamu selera.