Salam 1Malaysia

Marilah kita kongsikan bersama-sama entry kali ini
 yang  mama dapat dari sebuah majalah yang popular iaitu majalah Dara.Com.
Bolehlah kita semua mendapat manafaatnya bersama-sama kekawan semua.
Entry kali ini tentang tip penampilan bertudung wanita sekarang ini.
Pemakaian tudang amat menjadi begitu trend sekarang,
pemakaian tudung yang bersesuaian di kalangan wanita menjadikan si pemakai kelihatan lebih sopan,kemas,anggun dan amat bergaya sekali.
Secara asasnya pemilihan sesuatu tudung perlu mengambil kira beberapa faktor penting seperti fabrik,warna,saiz,corak,bentuk muka dan gaya si pemakaian.
Jadi di bawah ini beberapa tips untuk kekawan semua 
dalam menggayakan tudung pilihan anda semua, 
cuba kita lihat apa yang pentingnya tips-tips di bawah ini:

TIP 1:
Jika kita memakai baju yang bercorak atau berbunga,
padankanlah dengan tudung yang mempunyai warna paling
sikit di baju kamu.
Contohnya,jika warna hijau paling sedikit di baju kamu,pilihlah tudung warna hijau.

TIPS 2:
Untuk penampilan yang lembut tetapi ceria dan berkeyakinan tinggi, 
pilihlah tudung polos atau kosong yang 
berwarna cerah seperti merah jambu,kuning dan biru.

TIPS 3:
Elakkan pemakaian tudung yang berwarna gelap 
dan kusam untuk mengelakan kamu dari 
kelihatan sudah berusia atau matang.

TIPS 4:
Bagi wajah yang berbentuk bulat,
pilihlah tudung yang bercorak kecil dan tidak penuh.
Ia adalah untuk mengelakkan wajah kamu kelihatan penuh dan tidak terurus.

TIPS 5:
Bagi yang berkulit putih,disyorkan memakai 
tudung berwarna hijau,ungu dan lavender untuk wajah yang lebih segar.
Awas!Tudung berwarna merah jambu akan membuatkan kamu kelihatan pucat.

TIPS 6:
Bagi yang berkulit kuning langsat,pemakaian tudung berwarna biru,lavender dan merah jambu akan menyerlahkan lagi keserian wajah.
Awas!Elakkan tudung berwarna hijau dan kuning supaya tidak kelihatan 
kusam dan tidak bermaya.

TIPS 7:
Buat pemilik kulit sawo matang,
warna hijau dan kuning membuatkan kamu kelihatan lebih cerah dan terang.
Awas!Cuba elakkan memakai tudung 
berwarna kelabu gelap supaya wajah kamu tidak kelihatan kusam.

TIPS 8:
Pastikan tudung kamu dikemaskan di bawah
 kerongsang selepas pinkan tudung.
Ia bertujuan mengelakkan 
lilitan tudung kelihatan seperti menggelembung.


5 CARA BIJAK MEMILIH TUDUNG.
1- Pilih fabrik atau kain yang sesuai dan selesa 
dengan kamu.
Pilihan terbaik ialah kain bawal (kasa atau voile).
    Selain itu, kamu boleh pilih jenis sutera,sifon,viscose atau cita campuran.

2- Sesuaikan dengan keadaan cuaca di tempat kamu.
Jika di Malaysia,kain bawal atau kasa amat sesuai.
Cuaca di Malaysia yang panas dan lembap sepanjang tahun membuatkan kita mudah berpeluh.
Kain bawal mempunyai ciri-ciri pengudaraan yang baik dan menyerap peluh.
Ia juga memudahkan pengaliran udara 
keluar dan masuk.

3- Pilih fabrik yang melekap pada rambut. 
Secara tak langsung tudung akan terletak cantik di atas kepala kamu.

4- Pilih fabrik yang sesuai dan selesa dipakai dalam jangka masa yang panjang.
Ia dapat mengelakkan tudung
daripada berkedut.
Percayalah kamu akan kelihatan sentiasa elegan jika pilih fabrik yang betul.

5- Pilih fabrik yang boleh memelihara kesihatan rambut.
Jadi walaupun bertudung, rambut kamu akan kekal
sihat.

Salah satu cara pemakaian tudung menggunakan kain jenis silk(sutera)
atau sifon.


Cara lilitannya buat kamu kelihatan kemas dan anggun.
Di harap kamu dapat panduan dari entry yang saya lakarkan di sini.


Semuga pemilihan kain tudung yang sesuai akan dapat menonjolkan keperibadian kamu.
Ok bye....