SALAM 1 MALAYSIA


Wah..!!!!!!!!best nyer mimpi semalam macam yeye je....hehehe....Mimpi hanyalah mainan tido kata orang tua dulu-dulu tapi kalau jadi kenyataan bagus gak....
mimpi apa yang saya mimpikan malam tadi nak tahu tak???Mimpinya adalah saya telah mendapat hadiah ulang tahun perkahwinan yang paling besar dalam hidup saya dari my hubby iaitu sebuah rumah
banglo dua tingkat yang terletak di atas bukit menghadap laut....Aduhhhh punyalah besar rumah tu tak tahu macamana saya nak gambarkan betapa gembiranya mendapat hadiah yang sebegitu..... 
Masuk je kat dalam rumah tu terasa amatlah bahagianya dan terasa begitu nyaman sekali.Hembusan bayu dan desiran ombak laut begitu mengasyikan dan suasananya  terasa begitu aman dan damai.Terasa seolah-olah di alam realiti saja tapi apakan daya itu semua mainan tidur rupanya.....
Semua perabot dan peralatan rumah amatlah menarik perhatian saya kerana semuanya sememangnya mengikut citarasa saya yang sebenarnya...
.ruang dapurnya yang luas dan lengkap,ruang tamu yang menarik,kawasan lamannya yang dipenuhi dengan pokok-pokok bunga,
kolam ikan,kolam renang pendek kata serba-serbinya lengkap seratus peratus tidak ada yang kurangnya....nikmatnya menikmati mimpi yang begitu indah sekali dalam hidup....bilakah ia akan menjadi kenyataan dalam hidup ini?????
Oh....!!!!!bilakah mimpi ini menjadi kenyataan  ya!!!!... entahlah tunggu kucing bertanduk kot....
InsyaAllah kalau dimurahkan rezeki, tuah datang bergolek atau mendapat "durian runtuh" mungkin satu hari nanti dapatlah rumah idamanku itu....
hahaha gelak besar saya dibuatnya....
Mimpi itu memang mainan tidur,hanya dalam mimpi saja kita akan merasa apa jua yang kita mimpikan itu ada.
Bila berada di dalam mimpi terasa bagaikan dunia ini kita yang punya segala-galanya seperti di alam nyata dan mimpi itu membuatkan tidur kita terasa begitu lena sekali, terasa bagai mahu mengalaminya di dunia realiti sebenarnya....
Tapi apakan daya mimpi itu akan tetap berlalu bila kita sedar dari tidur yang lena, mimpi hanya tinggal mimpi,oleh itu bersyukurlah apa yang kita ada di dalam dunia realiti ini dan hadapilah hidup ini dengan penuh kesyukuran....

Gambar ini sekadar hiasan sahaja