SALAM 1MALAYSIA




KENTANG GORENG RANGUP
Bagi merangupkan kentang goreng amalkan petua ini.Setelah kulit kentang dikupas,basuh dan potong memanjang.Gaulkan kentang tersebut dengan garam secukupnya,kemudian masukkan kentang tersebut ke dalam bekas berlubang seperti penapis santan dan toskan selama satu jam.Setelah itu,goreng kentang tersebut dengan minyak yang banyak.




KEJU TAHAN LAMA.
Jika kamu mengalami kerosakan peti ais,cara lain untuk menyimpan keju agar tahan lebih lama adalah dengan membungkus keju dalam sehelai kain yang bersih yang dilembapkan dengan air garam terlebih dahulu.




CARA KEKALKAN KELEMBAPAN KEK.
Bagi mengatasi masalah kekeringan  kek buah,sebaiknya balut kek buah dengan menggunakan kertas minyak ketika masih panas.Ia boleh menambahkan tekstur kek tersebut,selain menjadikan rasanya lebih enak,lembut dan mudah dipotong.





MERANGUPKAN JERING TUA.
Untuk menjadikan jering tua lebih rangup,tanam jering tersebut ke dalam tanah ataupun pasir.Biarkan selama tiga hari.Setelah itu keluarkannya dan bersihkan.Jering akan berasa rangup dan semakin enak bila dimakan.


DAGING MUDAH EMPUK.
Adakalanya daging yang dimasak susah empuk.Bagi melembutkan daging,masukkan sedikit ketulan ais ke dalam masakan.InsyaAllah daging akan mudah empuk,lembut dan hidangan menjadi sedap.
ATAU :Masukkan akar daun pandan kedalam masakan, itu juga boleh melembutkan daging dengan cepat.
ATAU :Masukkan garfu ke dalam masakan,ia juga boleh melembutkan daging dengan segera.

Ini air batu campur jangan guna plak
cuma ais je...


 garfu

CILI JERUK TAHAN LAMA.
Cara untuk mengekalkan keenakkan cili jeruk adalah dengan mencelur cili terlebih dahulu.Angkat dan toskan
kemudian panaskan cuka bersama garam hingga mendidih.Biarkan sejuk lalu masukkan cili yang telah dicelur tadi kedalam cuka.Gaulkan sebati dan simpan di dalam bekas.






BAWANG KURANGKAN RASA MASIN.
Cara yang mudah bagi mengurangkan rasa masin pada gulai ialah dengan memasukkan beberapa biji bawang
 besar yang telah dipotong dua.Pastikan kulit bawang tersebut telah dikupas terlebih dahulu.
ATAU :Masukkan dua biji kentang ke dalam gulai boleh juga mengurangkan masin
ATAU :Masukkan dua biji tomato ke dalam gulai juga boleh mengurangkan masin 
Semuanya boleh digunakan pilih saja yang mana satu asalkan salah satunya ada







AGAR MAKANAN TIDAK MELEKAT DI KUALI
Untuk mengatasi masalah ikan atau ayam melekat pada kuali ketika menggoreng panaskan minyak masak terlebih dahulu.Masukkan hirisan bawang putih ke dalam kuali dan biarkan seketika.Kemudian goreng ikan atau ayam dengan cara ini juga boleh memberikan haruman yang enak pada makanan.



ELAK PAHIT PERIA.
Bagi yang suka peria pasti akan menghilangkan rasa pahitnya.Untuk menghilangkan atau mengurangkan pahitnya adalah dengan membasuh peria yang hendak di masak terlebih dahulu.Potong sedikit bahagian buah yang bertangkai dan bahagian berlawanan.Selepas itu dibiarkan tegak dengan bahagian berlawanan tangkai berada di bawah selama satu jam barulah dimasak.
ATAU: Hiris peria itu kemudian rendam dalam air garam.




BAWANG GORENG LEBIH RANGUP.
Bagi menghasilkan bawang goreng yang lebih rangup,selepas bawang kecil dimayang taburkan sedikit tepung gandum dan garam.Kemudian goreng seperti biasa.Hasilnya bawang goreng bukan saja rangup tetapi juga kekuningan dan tahan lebih lama.




TAUHU TIDAK MASAM. 
Untuk mengelakkan tauhu daripada berbau masam,bilas tauhu dengan air sehingga bersih.Kemudian,sapukan garam ke seluruh permukaan tauhu.Simpan dalam peti sejuk.Apabila hendak digunakan,bilas semula tauhu tersebut.



ELAKKAN BERAS BERULAT.
Beras yang disimpan terlalu lama akan berkulat.Hindarinya dengan memasukkan bawang putih yang tidak dibuang kulitnya ke dalam beras.Tutup bekas beras dengan rapat.
ATAU: Masukkan cili kering sebanyak dua atau tiga tangkai untuk mengelakkan beras berulat.