SALAM 1MALAYSIA
Hari ini penat giler sehari suntuk dok dalam kete dari Jay Bee ke Melaka dan balik dari Melaka ke Jay Bee.Selama seminggu anak yang dok kat Melaka balik bercuti dan hari ini terpaksalah hantar dia balik ke Melaka semula.Esok semua warga-warga kerja akan mula bekerja semula selepas bercuti panjang "Tahun Baru China"tempohari.Jam 10 pagi kami sekeluarga bertolak ke Melaka melalui jalan lama dan sepanjang jalan masih ada lagi kampung-kampung yang ditenggelami air lagi.Mana-mana yang tinggal berhampiran sungai lagilah mudah dilanda banjir apabila air sungai naik dan kampung yang berhampiran akan segera dipenuhi dengan air.Masih terdapat penduduk-penduduk kampung yang rumah mereka ditenggelami air masih lagi tinggal di dewan atau sekolah-sekolah kerana kawasan rumah mereka banjirnya masih belum surut lagi.Saya doakan bagi mereka yang masih belum dapat pulang ke rumah masing-masing harap dapatlah bersabar dan kita berdoa agar banjir itu segera surut dan mereka dapat pulang ke rumah masing-masing.
Setelah 3 jam dalam perjalanan kami pun sampai di Melimau,Melaka dan semuanya mulalah merehatkan diri di rumah sewa anakku sebentar, sebelum memulakan perjalanan pulang ke Jay Bee.Selepas makan tengahari dan setelah berehat kami pun mula beredar dari Melimau dan mulakan perjalanan pulang ke JB.Hari ini sepanjang perjalanan semuanya jem tiada satu laluan pun yang lengang.Semua manusia mulai pulang ke rumah masing-masing setelah bercuti selama seminggu.Bayangkan perjalanan kami yang sepatutnya mengambil masa 3 jam bertukar ke 6 jam untuk sampai ke JB.Satu perjalanan yang amat memenatkan sekali.Bertolak dari Melaka jam 3 ptg dan sampai di JB tepat jam 9.00 malam.Aduh!!!!nak buat macamana lagi kasi redah je lah...janji dapat sampai ke rumah dengan selamatnya.Dahlah penat masih boleh lagi aku tulis entry ini....ok lah mata pun dah stim saya akan mengundurkan diri untuk berehat dari kepenatan dok dalam kereta melalui jem yang panjang....bye....!!!!!
Pemandu bas yang kurang ajar memotong Q orang lain
0 Comments
Post a Comment