Hari ini aku nak berkongsi info sihat je bukan ada cerita air apa-apa pun....Air yang kita guna seharian itu sebenarnya banyak kegunaannya selain untuk kita mandi, mencuci pakaian, membasuh kereta, menyiram pokok bunga dan sebagainya namun ramai dari kita tidak tahu bahawa air dapat membantu penyembuhan sesuatu penyakit.Contoh mudah yang kita sendiri alami, ketika badan kita terasa letih dan lesu, kita akan berasa amat segar dan sihat apabila kita dapat mandi bukan? Itu lah satu contoh yang mana air dapat melegakan badan ketika kita lesu dan tak bermaya. Mandi air panas atau sejuk dapat membantu menyembuhkan penyakit yang dialami.
1. Mandi air panas boleh menimbulkan rasa relax dan tenang serta dapat membantu mengurangkan rasa sakit dan lenguh-lenguh.Biasanya bagi yang mengalami demam bolehlah ditambah dua atau tiga gelas garam laut di dalam air mandian.
2. Mandi air sejuk biasanya mengejutkan sistem saraf kita dan tubuh akan terasa lebih segar dan relax tapi janganlah berendam terlalu lama kerana kesannya dapat selesema, masuk angin dan tidak selesa.
3. Minum air hangat dengan garam sebagai pembersih juga amat membantu. Amalan begini jika diamalkan pada waktu yang sesuai dapat mengurangkan ketegangan jantung dan organ lain di dalam badan kita.Bagi yang sihat tidak disarankan mengamalkan meminum air hangat bersama dengan garam secara berlebihan agar tidak menimbulkan kesan sampingan.
4. Berendam dalam air panas dan air sejuk adalah sebahagian bawah tubuh kita manakala tubuh di atas tidak boleh dikenakan air.Rendaman air panas dan sejuk secara berganti-ganti boleh membantu pesakit. Caranya cukup dengan berendam air panas antara 5-10 minit manakala berendam air sejuk pula tidak boleh melebihi satu minit. Biasanya cara begini tidak disarankan bagi yang mengalami masalah di bahagian bawah tubuh.
Terdapat juga penyakit yang tidak boleh menggunakan air panas atau air sejuk terutamanya penyakit kulit seperti ekzema, penyakit jari dan kuku yang disebabkan oleh virus dan cacing.
Cara terbaik adalah dengan melakukan perawatan kesihatan tubuh secara menyeluruh.Ikutilah juga program diet yang baik, berjemur dan sebagainya.Makanlah buah-buahan untuk kesihatan badan kita kerana ia adalah salah satu program diet yang baik.
kolam renang
merendamkan kaki ke dalam air
mandi-manda
berendam di dalam air
merendamkan badan yang lesu pasti menyegarkan
0 Comments
Post a Comment