Belek punya balek kat suratkabar Metro terpandang aku akan satu slot yang amat menarik hati(pada aku la)...'Buah turunkan Berat Badan'...patut la badan aku sentiasa kurus je tak naik-naik agaknya asyik makan buah je kot..hehehe (perasan plak)....tapi tak apa lah kurus pun kurus la janji badan aku selalu sihat....Mulai hari ini marilah kita mengamalkan memakan buah-buahan untuk kesihatan dan diet pemakanan seharian kita.Sesiapa yang rasanya nak diet dan nak menguruskan badan mulakan dari sekarang memakan buah-buahan yang tertulis di bawah ni....(tapi aku rasa kalau nak makan tak kira lah buah apa pun janji makan buah-buahan) tak semestinya buah yang tertulis kat bawa ni je....

Buah-buahan ini sebenarnya mengandungi serat yang tinggi,air dan nutrsi sehingga mampu membuatkan perut kita sentiasa kenyang je...patut la doktor menasihatkan hubby aku hari tu agar dia selalu makan buah-buahan rupa-rupanya itu adalah satu cara pelengkap hidangan dalam diet harian kita.....Selain senaman baik untuk kesihatan buah-buahan juga dapat mengurangkan rasa lapar pada seseorang dan ia adalah diet pemakanan yang baik.

Bagaimanapun dalam pilihan pelbagai buah,ada beberapa jenis buah yang mempunyai kelebihan dalam membantu menurunkan berat badan iaitu grapefruit atau limau gedang,oren, epel, beri, tembikai dan anggur.
  • Limau gedang - kajian mendapati buah limau ini mempunyai asid sitrik yang dapat menghambat kehadiran kalori dalam makanan.
  • Oren - oren pula mempunyai kandungan serat paling tinggi,serat yang ada dalam buah oren ini adalah dari jenis larut di dalam air dan amalan pemakanan oren mampu mengurangkan keinginan seseorang menikmati karbohidrat(nasi)
  • Epal - seseorang yang mengambil sebiji epal sebelum menikmati hidangan atau makanan mampu mengurangkan kadar kenaikan berat badan sebanyak 33 peratus berbanding orang yang tidak mengamalkannya.
  • Beri - Buah dari kumpulan beri adalah antara jenis buah yang kaya dengan kandungan antioksidan dan dapat meningkatkan kadar metebolisme tubuh.
  • Tembikai - Buah ini mengandungi 92 peratus air dan mampu memberikan signal kenyang kepada otak dalam tempoh singkat apabila reseptor di dalam perut teransang.
  • Anggur - Kandungan antioksidan di dalam buah anggur ini mampu mencegah gula di   dalam darah menjadi lemak.Anggur juga mencegah pembentukan lemak di dalam perut.
beli buah-buahan



menyelerakan...
                                                              
                                                         
                                                    
                                                      nyummmm...