SALAM 1 MALAYSIA

Hari ini mama nak buat n3 berkisahkan zaman kanak2 mama dulu...
 Kisah ini berlaku semasa umur mama dalam 5 atau 6 tahun (kalau tak silap la)
dan kisah ini amat-amat memberi pengajaran
pada mama agar sentiasa mendengar cakap mak dan abah kita.
Cerita ini adalah memori terindah buatku dan ia akan sentiasa terpahat dalam ingatanku buat selama-lamanya...
(Bebudak la namanya, kalau tak degil tak namanya bebudak ....hehehe....) 
padan dengan muka aku kenapa degil sesangat....Masa tu kat kampung orang kampung dan member-member kecilku sibuk bercerita bahawa mereka nak ke bandor Muor (loghat orang Muor la katakan)....mereka nak pergi ke "FUNFAIR" itulah yang aku tahu masa tu.Tapi sekarang funfair tu dah biasa kita dengar, setiap Tahun Baru Cina pasti ada je funfair ini kerana kaum Cina agak gemar melakukan aktiviti sebegini bila musim perayaan tahun baru mereka.Sekarang tidak kira bangsa Cina ke,bangsa India ke,bangsa Melayu ke dan apa-apa bangsa lah semuanya pasti akan ada sekali bergembira bersama-sama di musim pesta Funfair ini. 
Bila masanya dah sampai ramailah orang-orang kampung pergi ke Pesta Funfair ini,termasuklah dengan aku dan kakak-kakakku.Mak dan abahku melarang kami semua ke Pesta Funfair itu kerana mereka amat risaukan aku yang masih kecil masa itu,tapi kerana kedegilan kakak-kakakku dan aku sekali kami pergi juga ke Pesta Funfair itu.
Terasa amat seronok sekali kami kerana dapat berjalan dan bergembira sekali-sekala,aku memang amat teruja sekali melihat lampu-lampu yang bergemelapan,mainan yang banyak di dalam kawasan pesta itu.
Kakak-kakakku agaknya terlalu gembira sampaikan aku yang kecil ini dibiarkan sendirian (mereka lupa kot yang aku ada waktu tu)....
Aku pun waktu itu pun degil juga nak dipimpin tangan tak mahu, kononnya boleh jalan sendiri jadi bila dah ramai kami semua leka hinggakan berpisah dan berpecah tempat.
Pada mulanya aku seperti biasa melihat keadaan sekeliling sambil berjalan dengan gembiranya tanpa melihat akan kedua-dua kakakku yang sudah tiada disampingku.
Lama-kelama aku pun mula terasa akan kehilangan mereka dan perasan takut mula menyelubungiku, dengan segera aku mencari kedua-dua kakakku itu disekeliling kawasan pesta itu tapi tidak berjumpa mereka.
Aku sudah kehilangan arah dan jalan penyelesainya adalah menangis.Aku menangis dengan sekuat-kuat hatiku kerana pada masa itu aku terbayang akan perkara-perkara yang buruk akan berlaku keatas diriku tanpa kedua-dua orang kakakku.
Terbayang wajah mak dan abahku bila mereka melarang aku dan kakakku pergi tadi.Aku begitu takut masa itu hinggakan semua orang memerhatikan akan gelagatku yang menangis bagai nak rak(beria-ia).
Tiba-tiba datang seorang lelaki memanggil dan memujukku tapi tidakku endahkan kerana aku merasa amat takut sekali waktu itu, lelaki itu terus mendukongku sambil aku menangis dan dia membawaku ke atas pentas yang telah disediakan.
Di atas pentas itulah dia menanyakan segala-galanya tentang diriku sambil memegang microphone (macam pengacara tv sedang menemuramah plak) dia menanyakan namaku,anak siapa,tinggal kat mana,datang dengan siapa,datang naik apa dan macam-macam lagi lah hinggakan dia suruh aku menyanyi pun ada tapi aku tidak mahu (malu la tak sangka naik atas pentas plak)
sambil itu dia pun bercakap di microphone memberitahu pada pengunjung semua bahawa ada sesiapa yang kehilangan anak sila datang ke belakang pentas untuk mengambil anak yang hilang itu.
Sebenarnya kakak-kakakku memang tengah sibuk mencari aku di bawah dan disekeliling kawasan pesta itu dan tiba-tiba dikejutkan dengan pengumuman pengacara tadi lantas mereka berkejar ke belakang pentas itu untuk mencari aku.
Kelihatan mereka merasa amat lega sekali setelah berjaya berjumpa denganku.Aku terus memeluk kedua-dua kakakku itu dan berjanji tidak akan mengulanginya lagi.
Lelaki itu hanya tersenyum melihat aku dan dia berpesan pada kakak agar menjaga aku dengan baik agar tidak berlaku lagi kejadian seperti tadi kerana memandangkan aku yang masih kecil lagi waktu itu.
Setelah itu kami semua pulang ke rumah berlakon seperti tiada apa-apa yang berlaku sewaktu di pesta itu tadi.Pada mulanya kami semua tidak mahu menceritakan apa yang berlaku tadi pada mak dan abah tapi bila memikirkan cerita ini pasti mak dan abah akan tahu juga nanti kami bertekad untuk menceritakan juga kejadian yang berlaku tadi pada mereka berdua. 
Seperti biasa mak dan abah bila mengetahui akan kejadian yang berlaku tadi mereka terus melarang kakak-kakakku dari membawa aku keluar tanpa mak dan abah.
Kami semua dikenakan denda menyapu halaman rumah selama seminggu.
Sejak kejadian itu kami semua tidak lagi berani keluar sendiri tanpa mak dan abah.Hingga sekarang ini bila aku terpandang akan "Funfair" dimana-mana juga aku pasti akan teringat kisah aku dulu dimana aku pernah hilang di kawasan pesta dan di bawa naik ke atas pentas.
Terasa amat malunya waktu itu tapi apa nak buat dah terpaksa waktu itu.
Sehingga sekarang aku tidak mahu lagi pergi ke tapak pesta Funfair itu,hanya memandang seimbas lalu saja bila terpandangnya.Itulah ceritaku yang ku rasa menjadi pengalaman, pengajaran dan ia akan tetap menjadi kenangan terindah waktu kecilku,dan tapak pesta itu sekarang masih dipanggil "Pesta" pada penduduk Muor.


beginilah keadaannya "FUNFAIR" yang aku pernah
lihat dulu



mainan-mainan yang disediakan di "Funfair"
tapi gambar ini aku search di Goggle dulu
mana ada gambar sebegini


mainan yang digemari oleh kanak-kanak



salah satu games yang ada


ini lagi best dapat naik kuda


kereta langgar


kuda lagi