ASSALAMUALAIKUM..
Rezeki Anak-Anak Dan Doa Ibubapa | Alhamdullilah setiap awal bulan dan tengah bulan,anak mama selalu bawa mak ayahnya ni makan-makan kat luar...ada saja rezeki yang anak-anak perolehi untuk dikongsikan bersama-sama keluarga...awal bulan dapat gaji dari kerja tetap yang dilakukan dan setiap tengah bulan pula dapat bonus dari kerja sampingan menjual supplement Shaklee...alhamdullilah bulan ni dapat lebih sedikit bonus Shaklee dan bulan ni juga anak mama dapat capai target selangkah ke depan sebagai Supervisior dalam jualan barangan supplement Shaklee ni...mak dan ayah akan selalu mendoakan rezeki anak-anaknya bertambah dan sentiasa mendapat rezeki yang diberkati selalu...

Kali ni anak bawa kami ke SteakOut di Bandar Baru Uda untuk merasa makan makanan barat pula..agaknya dah lama sangat mak bapaknya ni tak makan steak...nak ubah selera sekali sekala...seronoklah mak dan ayah dapat makan Sirlion Steak di sini..perasan makan ala-ala mat salleh la ni...


Kenyang perut mak ni wahai anak-anakku sebab rasanya macam dah terlebih makan pula hari ni...bersyukurlah sesangat pada Allah kerana telah memberikan anak-anakku dengan akhlak yang baik dan tidak melupakan kedua orang tuanya...semoga anak-anakku terus bersikap begini dan tidak melupakan kedua orang tuanya ni bila beroleh rezeki setiap bulan...semoga rezeki akan terus bertambah buat kesemua anak-anakku...aamiin..

p/s sedap juga makan kat sini...