18 October 2018

# resepi masakan

RESIPI IKAN TONGKOL SAMBAL CILI HIDUP

ASSALAMUALAIKUM...
Resipi Ikan Tongkol Sambal Cili Hidup | Apa menu kekawan hari ini..?kekadang tu hari-hari dah tak tahu nak masak menu apakan, pening juga hari-hari nak memikirkan menu untuk dimasak...kat dapur mama pagi ni,hubby dah ready nak memasak sebab dia nak membantu bininya yang sibuk dengan cucu dan cucu asuhannya ni...menu apa yang nak dimasak adalah pilihan hubby sendiri jadi kali ni, menu ikan tongkol sambal cili hidup jadi pilihannya...jangan kata mama yang suruh yer tapi hubby sendiri yang  merelakan diri nak memasak...ada masa dan rasa diri sihat sedikit rajinlah hubby menolong mama di dapur ni...melihat isterinya yang sibuk melayan cucu dan cucu asuhan ni hubby jadi lebih ringan tulang menolong bininya kàt dapur ni setiap hari...jomlah kita tengok menu masakan hubby pagi ni yer....
Bahan yang diperlukan...ikan tongkol
cili hidup/cili merah,cili api,bawang merah,bawang putih dan sedikit belacan dikisar kesemuanya...kalau nak pedas lebihkan cili api tu...
Sedikit garam,serbuk perasa, hirisan bawang besar, sedikit air asam jawa
Cara memasaknya...
Bersihkan ikan tongkol, gaulkan dengan serbuk kunyit dan garam 
Gorengkan separuh garing ikan tongkol tadi,bila dah garing angkat dah toskan..
Ambil sedikit lebihan minyak goreng ikan tadi kita tumiskan bahan yang siap dikisar tadi sehingga garing.
Letakkan sedikit air asam jawa dan perasakan dengan garam serbuk perasa secukupnya.
Masukkan ikan yang telah digoreng tadi dan gaulkan sehingga sebati dan taburkan hirisan bawang besar ke dalamnya sekali, kacau sekejap dan akhirnya ikan tongkol sambal cili hidup siap untuk dihidangkan bersama nasi panas dan menu yang lain juga...selamat mencuba yer..

p/s meragam pulak budak kecik ni...

5 comments:

  1. Sodapnya.. Kalau makan dengan nasi panas-panas emmang dah tak pandang kiri kanan dah nie..

    ReplyDelete
  2. Semalam nampak gambat kat IG duk belek mana ikannya..ingat mula sambal ijo ke..
    Dah lama tu belek baru nampak ikan, rupanya di selimut dek sambal hehehehe

    ReplyDelete
  3. pebret kita memang ikan tongkol...goreng gitu pun dah ok dah mama

    ReplyDelete
  4. Wow leh buat nih...memang dok Google nak masak apa

    ReplyDelete