24 May 2018

# review Butik KACAX

KURTA MODEN KACAX YANG MENAWAN HATI DI PAGI RAYA

ASSALAMUALAIKUM...
Kurta Moden KACAX Yang Menawan Hati Di Pagi Raya | Hari ini dah masuk Ramadhan yang ke 8 rupanya,macam biasalah kaum ibu ni kalau dah masuk bulan Ramadhan mulalah dah sibuk menyediakan persiapan untuk menyambut bulan Syawal pula...sebenarnya mama sudah pun menyediakan baju raya untuk kami sekeluarga sebelum bulan puasa lagi tapi memandangkan raya tahun ini mama bakal menerima seorang lagi menantu,jadi tak salahkan kalau tambah sepasang lagi baju..kali ini misi mencari sehelai lagi baju kurta pula untuk hubby bergaya di raya nanti..baju yang telah disediakan awal tu bolehlah dipakai semasa majlis kawin anak mama nanti...
Pada malam rabu yang lepas mama telah singgah ke satu Butik Kurta Moden yang cukup menarik sekali namanya, butik ini terletak di Angsana Mall di Johor Bahru...korang nak tahu apa nama butik yang mama telah pergi malam tu...pasti semua teringin nak tahu kan okaylah nama butik Kurta ini adalah "KACAX"...bestkan nama butiknya,pasti pelanggan yang bakal memakai baju kurta dari butik ini akan menjadi terlebih kacak pada hari raya nanti tidak seperti hari biasanya kan...semasa mama berlegar menunggu dibutik ini semalam ramai pelanggan yang lalu di hadapan butik ini akan terus menyebut perkataan "KACAX" tu terlebih dahulu sebelum masuk ke sini...tengok tu korang betapa hebatnya perkataan kacax tu...semoga jenama Kacax ini akan terus menjadi sebutan ramai nanti in sha Allah...
First time sampai di sini memang terasa keterujaannya...susunan butiknya yang cukup menarik hati para pelanggan dan ianya bisa membuat pelanggan yang lalu di sini menyinggah untuk melihat keistimewaan kurta moden dan baju melayu yang ada dijual di sini...
Banyak sangat pilihan yang ada di sini,memang jadi rambang mata nak memilih yang mana satu yang berkenan di hati kami...pilihan tetap ikut selera sipemakainyalah siapa lagi kalau bukan hubby mama...memang banyak pilihan kurta moden yang berbagai color terdapat di sini,bukan hubby saja yang rambang mata nak memilih tapi mama juga turut teruja nak memilih yang mana berkenan di hati...

Jomlah kita tengok koleksi baju di Butik Kacax ini yer...
Kurta Kacax Primo 2018
Inilah antara baju yang ada di sini Kurta Kacax Primo 2018 boleh maching baju ini dengan anak untuk nampak sedondon bila memakainya...memang cantik sangat dan kurta ini diperbuat daripada material Cotton Linen..Material Linennya adalah diimport khas dan terdapat kemasan jalur cotton yang bercorak..Butang bajunya pula memang unik sekali kerana ianya diperbuat daripada tempurung kelapa (Coconut Shell) yang paling lawa...kalau berkenan cepat-cepatlah singgah ke sini yer sebab stok yang ada adalah amat terhad sekali...harga jualan kurta moden dewasa adalah dari RM79 - RM 119...Untuk maklumat lebih lanjut dan terkini berkaitan produk baru bolehlah like FB dan IG KACAX.
Kurta Kacax Mataro
Kurta ini pula diperbuat daripada material"Cotton Osaka" bila memakainya terasa sejuk sangat kainnya dan juga terasa sedap dan selesa sekali...Kurta ini pun ada untuk saiz kanak-kanak dan ianya boleh digayakan sedondon dengan si ayahnya...
untuk maklumat lebih lanjut bolehlah klik laman facebook dan instagram KACAX yang ada di bawah ini...

Kurta Kacax Modica ( sumber gambar KACAX)
Kurta Kacax Modica ini adalah diantara koleksi baju kurta yang paling laris di butik Kacax ini...Ianya boleh juga dipakai sedondon dengan baju kurta untuk anak-anak...Material Cotton Floral kainnya sangat sejuk dan boleh menyerap peluh.Butang Coconut Shellnya sangat lawa dan mempunyai line cotton floral di bahagian atas dada membuatkan sepemakai kelihatan kacak sekali...
Kurta Kacax Gio (sumber gambar KACAX)
Kurta ni bila sekali tengok saja pasti sudah terpikat.Pilihan kainnya adalah dari cotton yang terbaik dan jarang dijumpai.Memakainya dari pagi hingga ke petang sedikit pun tidak terasa panasnya sebab material kainnya akan terasa sejuk walaupun dipakai dari pagi hingga ke petang.
Antara koleksi-koleksi baju kurta di butik KACAX ini...memang rambang mata dibuatnya...semuanya cantik,best dan selesa sangat bila dipakai..memang baju lelaki dari Butik Kacax ini adalah dari jenis material yang sangat berkualiti sekali..memang tak rugi la kalau korang datang membeli baju kurta di butik ini,memang cukup puas hati sekali.

Kurta moden dari jenis kain denim yang lembut dan selesa sekali...
Inilah kurta kanak-kanak yang boleh dipasangkan sedondon dengan si ayah dipagi hari raya nanti...semua designnya memang menarik sekali dan amat selesa sekali dipakai oleh kanak-kanak...memang cantik kalau dipakai sedondon dengan si ayahnya... 
anak blogger Herneenazir kredit gambar Herneenazir
Model cilik sedang memperagakan kurta moden kanak-kanak...cantikkan kurta moden ini bila telah disarungkan ke badan si cilik berdua ini...semuanya ada di Butik KACAX tau..
Antara kemeja lelaki yang ada di Butik Kacax ini...semuanya dari jenis kain yang berkualiti,rekaan yang terkini,mudah menyerap peluh,tidak mudah menetas jahitannya dan yang penting sekali tidak mudah luntur warnanya...setakat ini semua pelanggan yang telah memakainya memuji design,color dan kualiti materialnya yang sangat bagus.
 Kurta yang jadi pilihan hubby adalah Kurta Kacax Primo ini..mulanya nak juga pilih color feveretnya ini tapi lastnya bertukar warna juga...hubby pun cakap okay warna yang dipilih dan yang lebih penting katanya 'kainnya memang best sangat'...memang puas hati sangat la kalau membeli dan bershopping baju kurta moden di sini...
Akhirnya setelah puas mencuba inilah baju yang jadi pilihan hubby...kat kedai malu-malu nak mencuba sampai rumah baru betul-betul bergaya bila memakai baju Kacax Primo ini...terima kasih buat owner Butik KACAX ini En.Nik dan isteri Pn.Jamilah kerana telah melayan kami dengan baik sekali semalam...dengan bantuan En.Nik jugalah hubby mama dapat juga memilih kurta moden yang lebih bersaiz kecil dan kacak bila digayakan oleh hubby mama semalam..tak sangka dari saiz XL,hubby mama boleh mengayakan kurta moden Kacax Primo ini kepada saiz L sahaja...memang sungguh tak disangka sekali...sekali lagi terima kasih En.Nik kerana dapat berjaya membuat hubby mama nampak lebih kurus bila mengayakan kurta moden KACAX PRIMO ini...
Untuk pembelian korang boleh membeli secara online atau offline.. korang boleh buat tempahan secara atas talian (Whatsapp) dan gunakan pautan di bawah ini

http://wasap.my/60197351037/BG09KACAX
"Code Promo BG09/KACAX" untuk mendapatkan diskaun sebanyak 20% dengan pembelian kurta lelaki,dewasa atau kanak-kanak.

Kalau nak diskaun 20% ini kenalah ikuti cara-caranya seperti di bawah ini
Korang hanya perlu membuat print skrin post ini atau dimana yang korang nampak promo code kacak di IG atau di FB mama dan tunjukkan gambar semasa korang membuat pembayaran di kaunter..memang berbaloi-baloikan dan jangan lepaskan peluang keemasan ini yer...
Terimakasih buat Pn.Jamilah semoga terus dilimpahi rezeki selalu dan terus berjaya dalam perniagaan..

Jangan lepaskan peluang dan bagi warga Johor dan Singapore bolehlah singgah ke butik ini..
Butik KACAX
L3.41,Lebel 3
Angsana JB Mall
Johor Baharu
(Berdekatan dengan kedai buku Badan)

Like dan follow

Ingat yer print skrin untuk mendapatkan 20% diskaun...cepat gunakan Code Promo itu sebelum 10Jun 2018 sehingga 11.59malam


7 comments:

  1. Memang Kacax bila memakainya kan Maaa..
    Anak Lin dah berkenan dah, nanti nak beli lebih sedikit, lagipun nak masuk Poli senang sikit dia nak pakai kat sana untuk solat atau santai..kebetulan plak kann..

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu lin, mmg best material kainnya lembut jer....bagusnya tahniah utk anak lin

      Delete
  2. alahai comel pulak the ilhams pakai kurta kanak-kanak tuuuu..geram nengok

    ReplyDelete
    Replies
    1. tahu x pe...leh jadi model cilik ni...

      Delete
  3. pilihan yang cantik dan banyak warna. handsome uncle berbaju merah. dan akhirnya warna hijau lah menjadi pilihan ye...
    JanjiKita

    ReplyDelete
    Replies
    1. mekacih mar...uncle suka color merah tapi nak tukar mood thn ni kita pakai baju color hijau pulak...

      Delete
  4. Memang menarik semua rekaan Kurta Kacax ni
    Saya pun rambang mata masa nak pilih tu

    ReplyDelete