18 April 2018

# tips

TIPS 19 BARANG RUMAH YANG ADA TARIKH LUPUT

ASSALAMUALAIKUM...
Tips 19 Barang Rumah Yang Ada Tarikh Luput | Barang kat rumah kita ni pun ada tarikh luputnya kan...kalau kawan-kawan tak percaya jom kita tengok apa barang yang mempunyai tarikh luputnya yang biasa ada di rumah kita...info dari facebook dan group whatsapp...



Antara barang yang mempunyai tarikh luputnya adalah seperti di bawah ini :

1-Bantal
Luput antara 2-3 tahun apabila usia penggunanya sudah berusia 3 tahun maka akan bermulalah tempat pembiakan kuman dan bakteria...walau mahal pun harga sebiji bantal itu bila tamat tempoh ianya perlu dibuang.

2-Selipar
tarikh luputnya mengambil masa 6 bulan saja dimana seliparlah tempat habitat paling sempurna untuk fungas atau kulat...bila selipar sudah digunakan di tanah maka bakteria sudah mula merebak jadi tukarlah selipar kita secara kerap sekurang-kurangnya 6 bulan sekali.

3-Span Mandi
Tarikh luputnya adalah 2 minggu saja kerana span mandi ini lebih kerap kita gunakan untuk mandi dan membuang segala bakteria di badan akan melekat di span tersebut oleh itu adalah lebih baik menukar soan mandi 2 minggu sekali atau merendamkan span tersebut di dalam air panas untuk memusnahkan bakteria yang ada di dalam span tadi.

4-Tuala
Luputnya 1-3 tahun walaupun kita membasuhnya sekerap yang boleh tapi masalah bakteria tidak akan selesai.Tukarlah tuala yang baru segera dan janganlah digunakan lagi tuala yang sudah terlerai benangnya.

5-Berus Gigi
Luputnya dalam masa 3 bulan sahaja.Berus gigi haruslah diganti dalam amsa 3 bulan sekali.Jika kita mengalami batuk dan selsema maka gantikanlah berus gigi yang baru jika tidak penyakit yang sama akan berulang kerna bakteria tadi berkumpul dan menguasai berus gigi tersebut.

6-Hydrogen Peroxide
Ianya adalah aid antiseptic dan bahan ini mempunyai tarikh luputnya selepas kita menggunakannya dan dalam masa 2 bulan saja kandungan di dalamnya aktif dan selepas 2 bulan cecair tersebut akan bertukar menjadi air biasa saja.Pun begitu jika ia tidak digunakan dan masih ditutup rapi ianya masih bertahan selama 1 tahun.

7-Sikat Rambut
Luputnya dalam masa 1 tahun sahaja sebaiknya sikat dibasuh dengan air panas 1 minggu sekali dan digantikan dengan sikat yang baru setiap 1 tahun.

8-Minyak Wangi
Luput antara 3-4 tahun.EDP mengandungi essential oil yang hanya mampu bertahan selama 3 tahun di dalam bekas kedap udara.Namun bagi EDT ia mampu bertahan selama 4 tahun.

9-Puting Bayi
Luput dalam masa 2-5 minggu sahaja dan puting itu wajib ditukar dengan yang baru walaupun masih lagi kelihatan elok atau tidak.

10-Child Car Seat
Luput antara 6-10 tahun selepas ini struktur car seat akan mula rosak terutama pada bahagian span dan ianya memang tidak selamat dignakan lagi.

11-Bra
Luput antara 1-2 tahun dan apabila strukturnya tidak selesa untuk dipakai itu petanda ianya perlu ditukar ta pa menunggu tempoh 1 tahun.

12-Kasut Sukan
Luput sebaik strukturnya berubah.

13-Rempah Ratus
Luput antara 1-3 tahun seperti kulit kayu manis,bunga lawang,cengkih dan pelaga akan mula hilang aromanya bila disimpan lebih 1-3tahun.berbeza bagi rempah yang telah diproses menjadi serbuk tempoh luputnya lebih cepat iaitu selama 6 bulan saja.

14-Tepung
Luput dalam masa 6 bulan jika melebihi tempoh luput tepung akan mula dihadiri parasit dan ulat tepung (kutu)

15-Pemadam Kebakaran
Luput dalam masa 15 bulan dan jika terdapat kerosakan pada pemadam seperti retak,berkarat dan kli patah ianya perlu diselenggara dengan kadar segera.

16-Penyambung Elektrik
Luput antara 1-2 tahun

17-Penyembur Pembasmi Kuman
Luput dalam masa 3 bulan saja.

18-Pencegah Nyamuk
Luput dalam masa 2 tahun

19-Power Soket
Tarikh luputnya dalam masa 4-5 tahun walaupun  tiada tarikh luput namun pakar menasihatkan agar ia diganti setiap 4-5tahun bagi mengelakkan masalah lintar pintas.Bila power soket mula keras atau sukar ditekan dan berwarna ianya wajiblah ditukarkan dengan yang baru.

Semoga info ini dapat memberikan manafaat kepada semua..
info dari Facebook dan Twitter..



2 comments:

  1. Assalam Ma..
    Betul Maaa, Lin ada save satu nota untuk tarikh luput barang dalam rumah yang selalu kita pakai. TQ Maaaa

    ReplyDelete