26 April 2018

# review buffet ramadhan

BUFET RAMADAN | BUFET CITRA ALA BAZAR PULAI SPRINGS RESORT 2018

ASSALAMUALAIKUM...
Bufet Ramadan | Bufet Citra Ala Bazar Pulai Springs Resort 2018 | Bila dah dekat bulan ramadan ini memang banyaklah hotel-hotel dan restoren membuat preview bufet ramadan ni...kalau dapat makan memang seronoklah jawabnya..semua makanan yang disediakan menarik dan sedap-sedap belaka...kali ini kita ke Pulai Springs Resort pula...banyak menu yang disediakan untuk bufet bulan ramadan nanti...tema bufet ramadan di Pulai Spring kali ini adalah bufet ala bazar...jomlah kita lihat menunya di bawah ini...
Bufet ramadan kali ini berkonsepkan ala bazar dan ianya bermula pada 19 Mei - 13 Jun 2018.Terdapat 15 bazar yang disediakan untuk pengunjung di luar dan di dalam restoren ini..Semua hidangan ini akan disediakan oleh Senior Chef Rusle Ahmad.Banyak menu yang akan disediakan di antaranya adalah seperti hidangan nasi arab,aneka lauk pauk,kuih muih moden dan tradisional,aneka salad dan minuman panas dan sejuk..
Kawasan dalaman untuk berbuka puasa memang selesa dan menarik...
TERATAK GLENEAGLES
Lamb Kuzi
Menu terbaik buat peminat kambing...Nasi Arabnya memang sedap sangat makan dengan lamb kuzinya pehhh memang terangkat bila menjamahnya...memang kenalah dengan citarasa peminat nasi arab semua...jangan ketinggalan datanglah berbuka puasa di sini..

Antara menu-menu yang disediakan :
Kambing Gulai Kawah
Kailan Ikan Masin
Lemak Labu Masak Bugis
Telur Kukus Dengan Telur Asin
Ayam masak Opor
Sayur Goreng Jawa Dengan Ikan Bilis
Butter Prawn With Curry Leaf
JOHOR ASAM PEDAS JOHOR DAN GULAI LEMAK
Stall untuk asam pedas dan masak lemak...boleh pilih ikan kegemaran di sini samada ikan pari atau ikan siakap..kena tunggu sehingga menu siap dimasak di sini...
Pilih saja ikan yang di sukai ikan pari atau ikan siakap...
Siap dimasak dan bolehlah kita menjamu selera asam pedas ikan pari ini...
Disebelah asam pedas terdapat juga sup gear box ni...memang mabeles la rasanya...kalau yang suka memang boleh merasa menu sup gear box tu di sini...
TERATAK ANUGERAH
Terdapat mee goreng mamak dan Penang Char Kway Teow...antara menu yang tak dapat dirasa tempohari...

TERATAK MAHARANI
Terdapat laksa johor disediakan di sini..memang sedap jugalah rasanya..tapi sayang tak mencuba semangkuk hari tu...

 TERATAK SELERA CINTA AYU

Memang menarik sekali kan...terliur tengok air asam,budu,kerabu dan ulam-ulaman yang disediakan di sini semuanya sedap-sedap belaka...


Rojak mamak pun ada di sini tau...

Kerabu Tauge dengan Kerang
Acar Mentah
Kerabu Pucuk Ubi
PENCUCI MULUT ANEKA KUIH MUIH
Memang semuanya sedap la...jadi rambang mata nak memilih yang mana satu...

Kuih tradisional melayu.
TERATAK INDRAPUTRA
Memang sedap rasa satay yang disediakan di sini...
Satay ayam dan lembu

TERATAK MAHSURI
Menarikkan stall yang ini...kalau bulan ramadhan memang sedap kalau dapat berbuka dengan cendol dan Cocount Shake ni kan...

Tak perlu pergi ke Melaka cari Coconut Shake kat sini pun disediakan dan rasanya memang cukup sedap sekali...

Terdapat juga cendol dan ABC di sini..


Minuman panas juga ada di sediakan pilih saja pilihan yang digemari Teh Tarik atau Kopi..

Jomlah mencuba menu yang disediakan di Pulai Springs Resort ini kita berbuka puasa dengan suasana yang menarik...
"Bufet Citra Ala Bazar "untuk berbuka di bulan ramadan nanti...

*Menu adalah tertakluk kepada perubahan dan menu akan bertukar setiap hari
*Semua harga termasuk GST

Harga Biasa Buffet Ramadan Di Pulai Springs Resort
RM108 (dewasa) RM45(Kanak-kanak) - pembelian 9 orang dewasa percuma 1 orang
Minggu pertama Ramadan (19 - 25 Mei 2018)
RM85 (dewasa) RM439kanak-kanak)
Jimat RM23 seorang

Pre Pembelian voucher 91- 10 April 2018)
RM90 (dewasa) RM45(kanak-kanak)
Jimat RM18 seorang

-Surau disediakan
-Parking percuma

Untuk tempahan sila hubungi 
+607 521 2121
atau 

WhatsApp di +6017 745 5576 ( Cik Nadia Jabatan F&B)

atau

 E-mail : enquiry@pulaisprings.com



1 comment:

  1. kerabu2 semua tak sempat nak makan..huhuhu

    ReplyDelete