05 February 2018

# coway # gaya hidup

PEMASANGAN AIR PURIFIER COWAY

ASSALAMUALAIKUM...
Pemasangan Air Purifier Coway | Nak udara segar la kononnya...nak hilangkan udara yang kurang menyenangkan di dalam rumah mama ni..oleh itu mencubalah nak gunakan Air Purifier dari Coway ini..bukan itu saja nak tambah hutang juga ni...tapi tak apalah kalau benda yang elok tu apalah salahnya kan...sebenarnya anak mama yang belikan Air Purifier Coway ni...alhamdullilah anak-anak cuba memberikan suasana yang nyaman untuk mama di dalam rumah...


Proses untuk isi borangnya tak lah makan masa yang lama cuma agen Coway ni perlukan fotostat payslip dan kad pengenalan jer...dalam masa 2-3 hari agen Coway akan datang ke rumah untuk pemasangan dan mereka akan mengajar kita apa yang perlunya...setiap 2 bulan mereka akan datang ke rumah untuk proses pembersihan...memang baguslah servis Coway ni mudah dan pantas sungguh...


Agen Coway datang untuk membuat pemasangan Air Purifier ni...Pemasangan Air Purifier ni lebih mudah just pasangkan plag dah boleh on kan pun...


Mama letakkan di sini di tepi tangga ni supaya air purifier ni dapat menyedut udara yang kurang menyenangkan setiap ruang...ada warna ditengah-tengah air purifier ini mengikut udara di dalam rumah kita...kalau warna merah atau kuning memang udara di dalam persekitaran rumah agak tidak bersih, warna hijau pula proses pertukaran udara sedang berjalan,warna biru itu menunjukkan udara di dalam rumah kita sudah bersih dari habuk dan udara yang kurang menyenangkan...


p/s seronok kalau udara di rumah dah bersih...

No comments:

Post a Comment