13 February 2018

# DIY # eco mart

DIY | DEKO LAMPU VIRAL KEDAI ECO 2

ASSALAMUALAIKUM...
DIY Deko Lampu Viral Kedai Eco 2 | Sebelum ni mama dah buat satu lampu viral ni kalau korang nak tengok TEKAN SINI...kali ni mama buat lampu viral yang ke 2 pula untuk letak kat bahagian dapur pula...disebabkan dapur mama tema color hijau jadi mama buat lampu viral ni ikut color tema dapur mama ni...



Beli lagi bahan yang diperlukan untuk buat lampu viral kat dapur pula...bekas hijau,rumah untuk mentol, wayar dan skrewnya...


Siap dah dipasang dengan wayar kat bekas untuk letak mentol tu...mangkuk bahagian atas tu mulanya macam gambar kat atas tu tapi disebabkan color hijau tak ada stok maka hubby beli yang bakul kecik macam gambar kat atas tu..tapi hubby buangkan pemegangnya dan ambil bahagian yang berlorek tu jer...nampaklah macam berlekuk-lekuk sedikitkan...konon nak nampak cantik sedikit kat atas tu...


Inilah dia bila dah siap masukkan rumah untuk letak mentolnya dan juga wayarnya sekali...


Proses memasang lampu viral ni telah siap pun dilakukan dibahagian dapur mama...dah letakkan mentolnya sekali...


Tadaaaa test pasang lampunya...beginilah rupa bila dah siap dipasang lampu viral di bahagian dapur mama ni....


Mama upkan gambar dekatnya yer...nampak tak bekas dan mentolnya yang dah siap dipasang tu...


Akhirnya berhijauan la suasana dapur mama...buka jer lampu viral ni jadi hijau keseluruhan ruang dapur...wah !! betul-betul hijau jadinya...jangan bertukar jadi hulk dah lah yer...okay la itu jer mama nak share tentang pemasangan lampu viral kedai eco ni...kalau berminat bolehlah mencuba membuatnya sendiri yer...

p/s buat sendiri lebih puas hati...

4 comments: