ASSALAMUALAIKUM....
Diy Meja Kotak Dari Papan Kedai Eco | Kalau dah memang suka apa pun sanggup dilakukan...inilah diy yang kami laki bini buat...mulanya nak beli meja nak letak kat luar ruang rehat mama ni tapi bila fikirkan semula elok juga kalau buat sendiri guna papan dari kedai eco ni...modal pun murah jer dari beli meja baru...jomlah kita tengok proses membuatnya...


Inilah papan yang mama beli dikedai eco tempohari...kumpulkan papan tu ikut berapa banyak yang diperlukan...

Hubby yang menolong membuatkannya...mama just bantu mana yang patut jer...

Beli kayu spin dan buatkan rangkanya bagi kuat sedikit dibahagian atasnya...hubby tak guna paku sebab papan ni jenis nipas kalau dipaku papannya akan mudah pecah...jalan mudah gamkan saja dengan gam silicon...

 Lekatkan satu persatu papan dibahagian tepinya..Ikut susunan sehingga habis...

Selepas tu gamkan dengan gam silicon tadi supaya lebih kukuh...

Dah nampak bentuk meja kotak mama ni...


Akhir sekali letak kayu spin di bahagian bawahnya...selepas tu bolehlah skrew atau gam rodanya...

Akhirnya siap juga meja kotak mama ni...kos keseluruhan hanya rm43 sahaja...lebih jimat harganya kalau nak dibandingkan dengan harga beli meja yang baru...

Siap juga akhirnya...meja coffee yang dibuat sendiri oleh hubby untuk mama letakkannya di ruang depan ni..buat sendiri lebih puas hati kan...

p/s hobi mama ni asyik mendeko jer...