22 October 2017

# resepi masakan

RESEPI | HATI GORENG KICAP

ASSALAMUALAIKUM...
Menu tengahari ni dari dapur grandma...menu simple jer...hubby yang teringin nak makan hati jadi beli sedikit buat menu hati goreng kicap...mama tolong masakkan jer permintaan hubby ni sebab mama memang tak suka nak makan hati ni...jom la kita tengok resepi simplenya di bawah ini...



Bahan-bahan yang diperlukan...
Hati lembu
Bawang merah/besar(Hiris)
bawang putih(hiris)
cili merah(hiris)
cili padi(potong 2)
kicap
serbuk kunyit
sos tiram
garam
serbuk perasa



Cara-cara memasaknya...
1-Bersihkan hati dan toskan airnya...gaulkan dengan serbuk kunyit, garam dan sedikit kicap pekat..panaskan minyak dan gorengkan hati tersebut.
2-Biarkan hati masak sedikit..selepas tu masukkan sos tiram dan kicap cair..gaulkan sehingga rata..
3-Perasakan dengan garam dan serbuk perasa secukupnya..jangan terlampau banyak garam sebab kicap dan sos tiram dah cukup masinnya...
4-Gaulkan dan akhirnya masukkan bahan hirisan bawang merah,bawang putih,cili padi dan cili merah...kacaukan sehingga rata keseluruhannya...menu hati goreng kicap siap untuk dihidangkan bersama menu yang lain dan nasi panas.
okay korang selamat mencuba yer...

3 comments:

  1. sedap makan dengan nasi panas2 ni..")

    ReplyDelete
  2. Best resepi ni..simple je..boleh cuba lepas ni :)

    ReplyDelete