23 October 2017

# DIY

DIY : KERUSI ROTAN LAMA JADI BARU

ASSALAMUALAIKUM...
Saja-saja singgah ke kedai perabot second hand kononya saja nak tengok kalau ada yang baru sampai...nak tengok kot yer...kalau dah menyinggah ke sini ada jer barang yang berkenan di hati...macam kerusi yang mama beli dulu dari kedai yang sama juga...walaupun secondhand tapi masih cantik lagi kerusinya...kalau korang nak tahu ceritanya tekan sini...


Inilah kerusi rotan yang mama beli di kedai second hand tu tadi...mulanya nak tengok barang yang lain tapi barang yang dicari tak ada jadi mama dan hubby nak beransur balik...tapi tuan kedai ni offer kerusi rotan yang ada ni dengan harga yang murah jer...mulanya dia letak harga 2 kerusi rotan ni dengan harga RM60 tapi hubby tawar dan kurangkan lagi...akhirnya tuan kedai turunkan harganya RM50 untuk 2 kerusi rotan ini...hubby tanya mama okay tak, mama tak kisah hanya setuju jer...tapi kena make over sikit la supaya kerusi rotan ni kembali berseri semula...


Balik terus singgah ke kedai hardware, beli 5 tin spray warna putih...make over kerusi rotan tu dengan color putih...ikut tema english style...


Hubby memang tak tunggu lagi terus jalankan projek spray kerusi rotan ini...maka bermulalah satu persatu proses ini..


Kerusi rotan yang dah pudar warnanya...sebelum dimake overkan lagi...


Siap satu kerusi rotan yang siap dispray oleh hubby...mama menolong juga serba sedikit sehingga siap...


Akirnya siap juga proses yang perlu dilakukan keatas kerusi rotan ini...berubah sedikit warnanya dari mula-mula tadi...nampak perubahan pada kerusi rotan ini setelah dimake overkan ia...okay la ini nampak juga perubahannya...kerusi rotan ini akan mama letakkan di depan luar rumah mama ni...boleh juga duduk dan berehat di petang hari...

p/s make over barangan second hand...

3 comments:

  1. inspired sgt... Nisa ni entah bila nak start DIY ni

    ReplyDelete
  2. Selagi masih elok, kita gunakan ye tak.. Cuma kena make up sikitlah bagi nampak cantik.. perkongsian yang kreatif dan membantu untuk pembaca..

    ReplyDelete
  3. dapat murah betul mama..rezeki
    JanjiKita

    ReplyDelete