28 August 2017

# astro shop # Shopping online

TERDESAK BELI JUGA VACUUM CLEANER

ASSALAMUALAIKUM..
Sebenarnya vakum mama memang dah nazak sungguh..vakum yang besar dah mula macam berbau hangit bila digunakan...memang tunggu masa jer dia mati terus...vakum yang kecik pulak dah tercabut penapis sebelah dalamnya...susahnya bila kedua-dua vakum mama dah menampakkan kenazakkannya itu...selalunya memang mama gunakan vakum jer bila nak membersihkan rumah...senang gunakan vakum ni, sedut terus habuknya jadi taklah berterbangan habuknya...disebabkan mama ni kalau gunakan penyapu mudah jer nak kena bersihnya jadi jarang sangat nak gunakan penyapu...ingatkan nak beli online jer kat Lazada tapi memikirkan lambat lagi nak sampai cari jer la mana yang ada harga promosi...



Semalam jenjalan ke Pasaraya Tesco,terjumpalah vakum yang kecik dan simple ni...Pasaraya tesco sekarang ni sedang mengadakan promosi merdeka dan banyak barangan ada less discountnya...barangan elektrik pun ada promosinya makanya segeralah cari vakum yang mampu dimiliki dengan kadar segera...



Dah terjumpa dan ada harga promosi tu terus jer mama beli vakum ni...perlukan juga sebab sudah menjadi kepentingan menggunakan vakum di rumah... bolehlah beli vakum ni sebab harga pun murah dan mampu milik pada mama.


Dah pun boleh digunakan vakum ini...ringan dan mudah sikit untuk menggunakannya...

p/s keperluan hidup sekarang ini...

5 comments:

  1. SA nyer vacuum macam ni la mama...senang kerja...hehehe...

    ReplyDelete
  2. Kalau rumah ada banyak carpet, susah kalau takde vakum kan. Rumah Siqah takde vakum. Ada satu karpet je nak divacum, bersihkab cara manual je. Hehe.

    ReplyDelete
  3. Ai pun guna vacuum pattern gini je senang gantikan penyapu.

    ReplyDelete