27 August 2017

# DIY

LAYAN JUGA PERABOT SECOND HAND

ASSALAMUALAIKUM....
Apa class beli perabot second hand..? Peduli apa orang nak kata...ada class ke tak ada class sendiri yang rasa..pada mama memang tak kisah pun janji barang atau perabot second hand yang kita beli itu masih elok atau masih nampak cantik lagi kayu atau buatannya..kekadang perabot second hand tu lebih baik dari yang baru tu...bukan tak suka beli yang baru tapi tengok apa jenis barang yang baru yang kita perlu beli...kalau setakat kerusi yang biasa ni mama memang tak kisah sangat...nampak masih cantik beli jer klau kena dengan harganya...

Tersengaja singgah kedai perabot second hand ni...saja nak tengok kot ada yang berkenan...rupa-rupanya memang ada yang terbekenannya...Hubby suka dengan kerusi second hand ni...mulanya mama nak beli kerusi yang color hijau tu jer untuk guna kat meja laptop tapi hubbylah suruh ambil kedua-duanya...nampak cantik dan menarik juga berlainan color ni..

Lastnya memang beli dua-duanya sekali..satu kerusi tu di jual dengan harga RM70 tapi hubby dok tawar menawar dapatlah harga sepasang kerusi tu dengan harga RM120 saja...okaylah tu dapat juga kurangkan harganya...

Bawa balik ke rumah terus hubby letakkan kerusi tu kat ruang tamu..masih nampak cantik juga kedua-dua kerusi ni walaupun ianya adalah kerusi second hand...Okay jugalah nampak kelainan sedikit colornya tapi tetap ada warna putih kat tepinya...

p/s layan juga perabot dan pakaian second hand...


6 comments:

  1. Biasa juga pegi pekan Rengit cari perabot second hand ni

    ReplyDelete
  2. Kalau ok, tak kisah pun second hand.. janji cantik..

    ReplyDelete
  3. Saya amik dri ofis. kebetulan diorang nak buang dalam tong smpah baik saya amik. condition pn ok lagi.

    ReplyDelete
  4. cantik la ma..x nampak mcm 2nd hand..

    - Hernee Nazir -

    ReplyDelete